fbpx

Apa yang perlu anda tahu tentang kes claim takaful yang ditolak

  • 4 days ago
  • 2Minutes
  • 380Words
  • 15Views

Sepanjang 21 tahun saya berada dalam industri takaful dan kewangan, kali pertama berjumpa 2 kes claim yang agak menghairankan

1. KES PERTAMA, GL ditolak disebabkan cashless facility yang ditarik.

– Yang menghairankan apabila ia ditarik tanpa makluman kepada pelanggan, malah ejen juga tidak tahu menahu.

– Tambah menghairankan, 2 kali GL ditolak dengan alasan tersebut selepas beberapa kali GL diluluskan dan dimasukkan ke hospital tanpa sebarang masalah dalam tempoh 2 tahun.

2. KES KEDUA, final GL ditolak dengan alasan prosedur boleh dijalankan melalui rawatan pesakit luar.

  • Yang menghairankan, GL awal diluluskan ketika kemasukan, tapi final GL ditolak selepas rawatan selama 7 hari di hospital.
  • Pelanggan dimasukkan ke hospital disebabkan kemalangan dengan bil hospital RM19K.

Jika ia pernah berlaku ke atas pelanggan lain, tidak mustahil ia bakal berlaku ke atas pelanggan saya dan kemungkina juga boleh jadi ke atas saya.

Kes pertama sudah selesai apabila syarikat takaful membayar jumlah tuntutan rawatan hospital yang pelanggan bayar sebelum itu.

Manakala kes kedua masih belum selesai dan hospital sedang berusaha mendapatkan jumlah tuntutan daripada syarikat insurans melalui peguam.

Selalunya final GL ditolak disebabkan rawatan yang diberikan tidak sama dengan initial GL yang syarikat takaful keluarkan.

Contohnya, pelanggan demam panas beberapa hari kemudian perlu dimasukkan ke wad dan GL lulus sebelum diwadkan.

Tapi sepanjang rawatan, doktor kesan penyakit lain seperti jantung, buang pinggang atau kencing manis.

Jadi, sekiranya berlaku situasi seumpama ini, maka akan GL bermasalah ketika discaj.

Untuk kes kedua ini hanya dinyatakan alasan rawatan tersebut boleh dibuat secara outpatient dan sudah berbulan-bulan pelanggan dan hospital follow up, tanpa dinyatakan sebab lain.

Kebetulan kedua-dua kes ini viral ketika hangat isu Bank Negara Malaysia mengkehendaki semua syarikat takaful dan insurans menyediakan produk medical card dengan ciri bayaran bersama atau co-payment.

Perkara ini rentetan kadar inflasi perubatan di Malaysia yang mencecah 12% berbanding purata inflasi global sekitar 5.6%.

Ia juga bertujuan pengawalan terhadap penggunaan perkhidmatan kesihatan ini.

Saya tak pasti sama ada insiden-insiden viral di atas adalah berkaitan dengan perkembangan baru itu.

Semoga pelanggan berkenaan mendapat hak yang sewajarnya. Jika masih tak selesai, boleh ajukan kepada Ombudsman for Financial Services (OFS) untuk mendapatkan pengadilan.

Ada banyak lagi isu-isu yang ingin ditulis berhubung isu ini, ramai ke yang nak tahu?

Kalau ramai nak tahu nanti saya tulis, kalau rajin.

Jika ada pandangan dan soalan, boleh lontarkan di ruangan komen.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Antara sebab kenapa masyarakat jadi meluat dekat ejen takaful ialah,…