ASB dan ASN Tidak Halal? Suruhanjaya Sekuriti VS Majlis Fatwa
Fax bertarikh 12 Februari 2009 ini saya terima melalui pada 13 Februari 2009. Kepantasan teknologi memungkinkan segala-galanya serba kemungkinan. Maka dengan kepantasan teknologi juga, saya meng’upload’ fax ini ke dalam blog saya 🙂
Jelas, isi kandungan fax berkenaan menegaskan tentang pendirian Suruhanjaya Sekuriti untuk tidak bersetuju dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa berhubung keharusan ASN dan ASB.
Polemik ASN dan ASB ini menjadi polemik yang tidak sudah-sudah sejak dahulu sehingga sekarang. Kalau tidak silap saya sejak tahun 80-an lagi isu ini sudah dibangkitkan,.
Tahun lalu, menjelang PRU 12, tiba-tiba Majlis Fatwa mengumumkan ASN dan ASB harus atas kemaslahatan orang Melayu Islam yang benyak mencarum di dalamnya. Dari cakap-cakap politik, keputusan ini ada pengaruh daripada pihak-pihak tertentu.
Seorang kawan yang bekerja di JAKIM, bertalu-talu menerima telefon dan SMS sebaik sahaja keluarnya berita tentang ”keharusan” ASN dan ASB. Walhal dia bukanlah terlibat secara lansung dengan urusan Majlis Fatwa.
Dengarnya, ada sebuah bank yang beria-ia untuk mendapatkan status ’harus’ tersebut kerana bank tersebut mempromosi produk yang melibatkan pinjaman untuk perlaburan ASB dan ASN. Penasihat syariah bank tersebutlah antara yang mempertahankan status ’harus’ ASN dan ASB. Salah seorang penasihat syariah bank tersebut adalah seorang mufti.
Suruhanjaya Sekuruti adalah sebuah badan yang mengawal insititusi-institusi pelaburan yang ada di Malaysia. Keahlian badan penasihat syariahnya bukan calang-calang. Boleh lihat di dalam laman web Suruhanjaya Sekuriti. Merekalah yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan keputusan berbeza daripada keputusan Majlis Fatwa. Bukan calang-calang orang.
Mungkin selepas ini, mereka perlu berbincang dengan ahli Majlis Fatwa untuk memperjelaskan isu ini.
Ustaz Zaharudin pernah membuat ulasannya di dalam blognya dahulu.
Apa kata Pakdi? 🙂
IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
pakdi takmau kata apa-apa. hehe
http://www.pakdi.my/blog/saya-seorang-blogger-hensem/
Tapke, yang penting control hansem 🙂
usaha yang bagus…
tp padam la sikit nama yang kat atas tu…
etika menulis tak khatam lagi ke?
Pandangan peribadi gua lak…. camnie…
“ada satu hari tue… gua nampak satu lori panjang bawak arak kat atas jalan, … pastue gua tengok nama syarikat pada lori tue……. pergh… nama syarikat tue adalah antara syarikat yang ASN/ASB ader syer besar”….
jadi… kesimpulannya…. apakah hukum ASN/ASB? Halal? Haram? atau HALAM? ….. kalu ikut gua…. haram beb… hehehe
kalau betul xboleh,
sape2 boleh advice kat mane saye nak melabur, considering:
*simpan kat UT, service caj die tinggi sangat. lain la kalo saya jadi ejen UT. itu pon kene bayar yuran 200-300.
*simpan dlm FD, liquidity hampir2 0%, unless sanggup bayo penalti.
*simpan dlm akaun bank (cimb, rimau, etc) ade interest.
*simpan dlm al-rajhi, ATM xbyk.
*simpan kat rumah, bahaya kene rompak, habuk pon tadak.
*simpan kat tabung haji, dividen cume boleh cover inflasi.
dengan kesempitan hidup sekarang ni, adalah sangat best bile kite ade option terbaik yg boleh bagi pulangan yg memuaskan.
simpan kat unit trut public mutual syarikat No.1 di Malaysia yang berlandaskan syariah… insyaallah berkat….. SIMPANAN JANGKA PANGJANG 0 risiko untuk keterangan lebih lanjut hubungi saya PAKAR DALAM MEMBANTU MEMAKSIMUMKAN WANG SIMPANAN DAN WANG KWSP SERTA MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA.
Di dalam pengalaman saya seorang ejen takaful, apabila seseorang klien sudah mempercayai kita, dia akan meminta pelbagai nasihat dan pandangan berkenaan kewangan termasuklah soal pelaburan, wasiat, pusaka, persaraan dan sebagainya.
Dalam masa sama sebagai perunding takaful, untuk melengkapkan diri menghadapi pelbagai situasi, saya mendalami ilmu-ilmu lain terutama pelaburan dan wasiat.
Di persoalan wasiat atau pusaka, saya akan mencadangkan Amanah Raya sebagai medium untuk penyelesaiannya, tetapi di dalam persoalan pelaburan saya masih belum mendapat jawapan yang meyakinkan klien.
Itulah dilema yang hadapi sekalpun telah berdaftar sebagai ejen unit trust. Bagaimana saya ingin tawarkan unit trust kepada klien, sedangkan saya sendiri tidak berani mengambil risiko untuk melabur di dalamnya!
Tidak seperti takaful, jaminan pampasan memang termaktub di dalam polisi! Malah saya sendiri memilikinya!
Selain ASB, alternatif yang ada seperti koperasi, bank rakyat, unit trust, masing-masing mempunyai kontanya. Contohnya koperasi, tidak semua orang layak untuk menyertai koperasai yang mampu menghasilkan pulangan yang baik seperti Kopersai Felda yang terbuka untuk anak-anak felda atau koperasi Selangor untuk anak-anak Selangor sahaja. Alhamdulillah saya difahamkan kedua-dua koperasi berkenaan mempunyai pengawasan syariahnya tersendiri.
Jadi, saya masih menantikan ASB menubuhkan panes pengawasan syariahnya sebelum memulakan pelaburan pertama saya di sana 🙂
afyan, tu le. kan dah ada orang terjebak dalam fitnah2. sebab tu ana malas tulis isu ASB ni. tak pasal2 orang sedekah pahala percuma. bila diorang tak respon macam anta. bila ada orang tak faham ‘adab perbezaan pendapat’.
Saya pun belajar daripada Pakdi juga 🙂
Salam Mr Afyan, where did you keep your money? Tabung Haji…. Still dooing interest with Affin Bank? So and so and so!!! Any suggestion, or just finish the money at once…
Setakat ni saya simpan secara tradisional di bank 🙂
Assalamualaikum!.
Pelaburan Asb = niagaan wang atas wang = RIBA
Baca Al-Quran, panduan hidup kita,
Jelas dinyatakan dalam Al-Quran RIBA itu haram.Ini adalah kata2 dari Allah, bukan dari saya.
Surah Al-Baqarah Ayat 275 Hingga 279(Tengok terjemahan/tafsir kalau anda tak faham bahasa Arab)
KURANGkan tgk pendapat orang di blog/forum, BANYAKKAN baca Al-quran dan fahamkan isi kandungannya.
Korang mungkin cakap ‘tapi FATWA cakap harus’
Korang nak ikut fatwa yang dibuat oleh manusia atau mufti yang terdiri dari golongan manusia atau nak ikut Al-Quran KitabullahRaibaffi(Kitab yang benar dan tidak boleh dipertikaikan lagi) yang diturunkan oleh Allah S.W.T ?
Dalam rukun iman…
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya kepada Al-Quran
5. Percaya kepada Hari Akhirat
6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar
Dalam Rukun Iman takde percaya kepada mufti/fatwa/blog/forum kan?
Wassalam
Betul, dalam Rukun Iman juga takde percaya kepada ummah2000
Sebagai org awam jika ada dua pendapat berbeza ambil mana2 pendapat yg kita yakini..saya ambil pendapat yg mengharuskan.
Jadi penganut yg cerdik…
fahami apa kata pakdi.
pakdi said:
afyan, tu le. kan dah ada orang terjebak dalam fitnah2. sebab tu ana malas tulis isu ASB ni. tak pasal2 orang sedekah pahala percuma. bila diorang tak respon macam anta. bila ada orang tak faham ‘adab perbezaan pendapat’.
Ya betul.
Jika kita yakin, silakan.
Apa yang menjadi masalah ialah apabila persoalan perbezaan pendapat ini dibesar-besarkan sehingga menimnbulkan polemik yang tidak sepatutnya.
ada lagi orang timbulkan bab ASB ni lagi.
rasanya kena buat surat kat PNB buat pelaburan yang SC kata islamik juga laa.
masalanya orang kita suka melabur dalam skim cepat kaya. maknanya orang kita banyak duit laa yer aryan???
Saya masih menunggu PNB melantik panel pengawalan syariah untuk semua produk pelaburannya terutama yang khusus untuk orang bumiputera.
Saya amat terliur untuk melabur di ASB/ASN lantaran kelebihan yang dimilikinya…
kalau nak kira haram, potostat buku orang tu pun haram kerana melanggar hakciptanya (milikannya)
No komen 🙂
saya ikut kata majlis fatwa kebangsaan. habis cerita. bila majlis fatwa kata haram, amik semua duitku masuk tabung haji.
ada orang promot private placemet program. saudara afyan dan pakdi boleh wat artikel dlm BM tak? try google keyword tu tapi saya tak faham. BI hancus..
Tuan Zamri,
Saya kirang arif tentang program yang Tuan maksudkan. Mungkin Tuan Pakdi leboh arif dalam hal tersebut.
what is the fuss about haram/halal?
our gomen 90% corruption money lagilah haram.
Tak setel lagi isu halal/haram ASB/N? Adui… Pada pendapat saya mungkin jugak isu ni tak setel sbb persoalan-persoalan kat bawah ni tak berapa clear jawapannya…
Siapakah otoriti utk mengatakan sesuatu produk itu menurut Shariah atau tidak? Majlis fatwa, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, Jawatankuasa Penasihat Shariah produk, pendakwah bebas, penasihat bebas? Keputusan yg mana satu akan mengikat kita? Kalau sebahagian kata harus, sebahagian lagi tidak kata harus, yg mana kita nak ikut? Kalau ditakdirkan kita ikut keputusan yg salah, apa nasibnya duit simpanan yg kita dah labur (atau kita tak labur sbb risau hukumnya) dlm ASB/N?
Hm… Buleh buat satu penyelidikan khusus utk ni:) hehe…
saye setuju dgn pendapat GUY..
Kita cita itu haruslah, haramlah tp simpan kat Islamic Bank (yg sistemnya cmpur dgn Konvensional) pun haram jugak.
Utk Ani Munirah, pihak authority psl halal haram ni mmg adepun iaitu Syariah panel utk ssuatu fin.institution tu. Majlis Fatwa beri pandangan ikut pandangan ulamak.
Utk ikut yg mane satu, tpulang pd dr sendiri.
(tp tlg jgn jd mcm “ummah 2000” tu yg nk mmutar belit fakta dgn gunakan Al-Quran. Mane mazhab ntah dipakai berniaga duit atas duit=riba.Sungguh cetek ilmunya tu. Nxt time pliz bljar ilmunya kewangan same sblum bagi fakta mbabi-buta)
Sehingga kini masih belum ada Majlis Pengawasan Syariah untuk produk keluaran PNB. Sayang sekali….
assalamualaikum seme
nak tanya sesaper jer yg arif….saya nak setel mara study loan dgn secepat mungkin yg jumlahnya beribu riban. keadaan saya dharurat ni…tak der duit nak bayar selepuk dan saya tak nak bayar ansuran yg makan berpuluh tahun baru nak abis.
apa hukumnya kalau melabur dlm asb selama 10 tahun dan dan kemudian bayar selepuk pakai duit asb tersebut?
wassalam
Saudara boleh memilih untuk memegang fatwa keharusan pelaburan tersebut, atau membuat kajian terperinci dengan bertanyakan alim ulama sekiranya berasa ragu.
Saya suka baca artikel2 en afyan…byk informasi…byk yg saya belajar…mohon share ye..tp sy akan letak credit pada blog ni…Tkasih.
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan blog ini.
Penilaian semula ASB
http://asb-kita.blogspot.com/2011/09/penilaian-semula-hukum-pelaburan.html