fbpx

Kenapa ada salesman kereta marah dengan tip membeli kereta yang saya kongsikan?

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 234Words
  • 332Views

Ada salesman kereta tak puas hati tulisan pasal tip membeli kereta tadi. Sebagaimana dijangka.

Maafkan saya rakan-rakan salesman (dan mungkin juga banker bahagian hire purchase). Saya hanya jalankan tanggungjawab dan tugas sebagai financial planner untuk memberi panduan dan tips membeli kereta dari sudut perancangan kewangan.

Saya tahu, daripada kacamata bank, untuk lulus permohonan beli kereta (dan rumah), berbeza dengan apa yang saya kongsikan itu.

Untuk layak dan lulus, tak susah mana. Tapi yang layak tak semestinya mampu.

Sebab itu ramai orang terperangkap dalam hutang kereta dan segala macam jenis hutang bank. Mereka semua asalnya adalah daripada kalangan mereka yang layak dan pernah lulus permohonan untuk memohon hutang dengan bank.

Tiada niat menutup periuk nasi orang lain

Dan apabila mereka mempunyai masalah, mereka merujuk saya (dan rakan-rakan saya dalam bidang perancangan kewangan) untuk membantu menyelesaikan masalah dan memberikan solusi.

Lantas, panduan serta tip dan formula yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman mengendalikan kes-kes mereka yang mempunyai keberhutangan yang tinggi.

Mereka tidak merujuk kembali pun kepada salesman kereta dan banker yang pernah membantu uruskan sewa beli kereta tersebut.

Ia tidak sekalikali untuk menutup periuk nasi sesiapa. Rakan-rakan boleh teruskan bekerja seperti biasa dan tulisan saya ini saya post di platform media sosial saya sendiri, bukan di plarorm iklan kereta.

Tulisan tersebut saya tujukan kepada pengguna dan pembeli, bukan kepada salesman dan banker.

Kesian, terima kasih.

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sepanjang mengenai YB Salehuddin Ayub, beliau seorang yang humble, merakyat…