fbpx

Awas Perangkap Hutang

  • 16 years ago
  • 2Minutes
  • 321Words
  • 315Views

“Milikilah sebuah kereta keluaran terbaru kami dengan bayaran RM 0 ” bunyi satu iklan kereta mewah.

“Milikilah perabot idaman anda tanpa sebarang bayaran selama 90 hari!” ayat-ayat pada sebuah iklan perabot.

“Dengan hanya RM 11.99 seminggu anda boleh memiliki sebuah televisyen LCD 49 inci” promosi sebuah papan tanda kedai barangan elektrik.

Sekarang ini, dengan hanya beberapa ratus ringgit kita sudah boleh memiliki sebuah kereta yang berharga lebih daripada RM 30,000.00 hingga RM 50,000.00, yang sudah tentu tidak mampu kita miliki dengan pembayaran tunai. Malah, dalam setengah-setengah keadaan, tanpa sebarang bayaran kunci kereta yang kita idam-idamkan boleh menjadi milik kita. Siapa yang tidak teruja, bukan?

Inilah yang dikatakan skim bayaran mudah. Ya, sungguh mudah untuk kita memilikinya, dan mudah pula kita boleh kehilangannya. Andaikan kereta yang kita bayar RM 500.00 setiap bulan selama 3 tahun, kemudian kita ditimpa masalah kewangan; dibuang kerja, bisnes rugi, pelaburan merudum, dan sebagainya, hanya memerlukan tiga bulan kita tidak mampu membayarnya, kereta tersebut sudah bukan milik kita.

Biar saya jelaskan sekali lagi. Selama tiga tahun kita telah membayar sebanyak RM 18,000.00 (RM 500 sebulan x 12 bulan setahun x 3 tahun). Kemudian kita ditimpa masalah kewangan dan tidak mampu membayar selama 3 bulan iaitu RM 1500.00 (RM 500 sebulan x 3 bulan), dengan skim bayaran mudah tadi, maka dengan mudahnya bank boleh menarik kereta tersebut. Dan sekiranya kita tidak mampu lagi untuk melangsaikannya, maka dengan mudahnya kereta tersebut menjadi milik bank.

Jika dahulu, hanya rumah dan kereta selalunya orang berhutang untuk membelinya kerana harganya yang tinggi jika dibandingkan dengan barang-barang lain. Tetapi kini, bukan setakat rumah dan kereta malah perabot, alat elektrik, perkakas dapur dan pakaian pun boleh dibeli dengan skim bayaran mudah. Mudah sungguh untuk berhutang.

Itu belum termasuk lagi dengan kemudahan kad kredit sehinggakan pakaian dalam pun boleh dibeli secara berhutang. Akibatnya, setelah pakaian-pakaian tersebut longgar dan sudah tidak digunakan lagi pun, faedah pembelian tersebut pun masih belum habis dibayar.

Berpadalah dengan kehidupan yang biasa-biasa. Tidak akan hinanya hidup ini tanpa hutang. Maruah manusia akan lebih tinggi jika dengan hidup tanpa hutang.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Azam tahun baru sempena Maal Hijrah 1429, Tahun Baru Masehi…