fbpx

Pemecatan Sanusi Junid: Hukum Karma?

 Kes pemecatan Presiden UIA, Tan Sri Sanusi Junid mengimbau kenangan saya kepada peristiwa yang hampir sama yang pernah berlaku di UIA juga iaitu kes pemecatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM, Sdra Dasuki Wahab. 

Mungkin apa yang berlaku ke atas tan Sri Sanusi Junid, adalah hukum karma dan pembalasan ke atas beliau yang sepatutnya bertanggungjawab di dalam kes pemecatan Presiden MPP UIAM tersebut. 

Kes pemecatan Presiden MPP UIAM ini merupakan satu-satunya kes pemecatan presiden MPP di dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Malaysia merdeka, seorang calon yang menang di dalam pilihanraya kampus, telah dipecat oleh pihak universiti dengan sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh. Peristiwa ini berlaku pada awal tahun 2002, sejurus selepas kumpulan-kumpulan pro-mahasiswa memenangi pilihanraya  kampus di universiti-universiti utama di seluruh negara. Peristiwa pemecatan tersebut telah mendapat liputan di dalam akhbar-akhbar utama negara. 

Rujuk:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm 

 

 

  

Pertama kali dalam sejarah: Presiden MPP dipecat!


 

Ketika peristiwa ini, Presiden UIAM ialah Tan Sri Sanusi Junid adalah Presiden UIAM yang baru bertugas kira-kira dua tahun. Apa yang menghairankan, pemecatan tersebut menggunakan alasan yang remeh-temeh, iaitu Sdra Dasuki didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur politik di dalam akhbar. Lebih lucu lagi, hukuman tersebut dibuat tanpa melalui lunas undang-undang yang ditetapkan oleh pihak universiti sendiri.

Sebenarnya untuk kesalahan mengeluarkan kenyataan berunsur politik, Sdra Dasuki telah dikenakan hukuman denda sebelum perlantikan beliau sebagai Presiden MPP UIAM lagi! Malah ketika itu Sdr memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung MPP, tetapi tidak pula dikenakan hukuman pemecatan jawatan. Malahan selepas dikenakan hukuman dan dilantik sebagai Presiden MPP UIAM, Sdr Dasuki telah menghantar beberapa surat rayuan kepada tan Sri Sanusi Junid melalui HEP, untuk meringankan hukuman dendanya, namun tidak menerima respon yang baik. 

Akhirnya, tanpa melalui sebarang proses rayuan, Sdr Dasuki dipecat daripada jawatan Presiden MPP UIAM. Ternyata ia bersalahan dengan peruntukan undang-undang persekutuan apabila berlaku perbicaraan berulang atau double joeperdy (artikel 7 (b) Perlembagaan Persekutuan)

Di dalam blognya, Sanusi Junid menegaskan bahawa perlantikan beliau ke jawatan itu adalah bertujuan untuk ”Mengamankan UIAM” daripada anti-kerajaan, katanya;

“Tun Dr. Mahathir telah mendedahkan rahsia bahawa jika saya dapat mengamankan UIA supaya betul-betul menjadi pusat pengajian, dan bukan pusat kegiatan anti-kerajaan, maka dapatlah UIA dikekalkan sebagai milik Malaysia dan tidak dipindahkan pentadbiran dan pembiayaannya kepada OIC. Tun Dr. Mahathir telah memberi tempoh 6 bulan untuk saya menjadikan UIA bebas daripada politik kepartian.

Alhamdulillah usaha membebaskan UIA daripada kegiatan politik kepartian telah dapat dijayakan sebelum enam bulan berlalu. Kembalilah UIA seperti sediakala dan tidak jadi diserah kepada OIC.”

Tugas mengamankan UIAM daripada anti-kerajaan di sini tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan bahawa kumpulan pro-mahasiswa tidak bertapak di UIAM. Namun hakikatnya ialah semenjak tahun 1998 hingga 2007, pilihanraya kampus UIAM telah dimenangi oleh kumpulan pro-mahasiswa yang bernaung di bawah nama “We Unite For Islam” (WUFI), kecuali pada 2005 WUFI telah memboikot pilihanraya kampus dan parti pro-kerajaan telah ter”menang” di dalam pilihanraya kampus pada tahun tersebut tanpa bertanding.

Jadi, benarkah dakwa Sanusi “Alhamdulillah usaha membebaskan UIA daripada kegiatan politik kepartian telah dapat dijayakan sebelum enam bulan berlalu”. ??

Bermula 2003 hingga 2007, di kala kampus-kampus lain telah jatuh ke tangan pro-kerajaan satu persatu, UIAM masih utuh di tangan pro-mahasiswa. Hanya pada 2005 sahaja pro-kerajaan ter”berjaya” dan ter”menang” di dalam pilihanraya kampus apabila mahasiswa memboikot pilihanraya kampus. Yang pertama itulah menjadi yang terakhir pilihanraya kampus di”ter”menangi oleh pro-kerajaan.

 

 

Menang? atau ter”menang”? 


Apa yang menarik, selepas kes pemecatan Presiden MPP UIAM, apabila Sdr Dasuki gagal mendapat balik jawatannya walaupun rayuan dibuat kepada Tan Sri Sanusi Junid, ia menjadi pengajaran kepada mahasiswa UIAM untuk bertindak lebih drastik. Terbukti pada 2005, seorang mahasiswa, Sdra Mozahiri Shamsuddin  telah menyaman UIAM atas suasana tidak demokratik yang berlaku di dalam pilihanraya kampus ketika itu.

Apa yang pasti, dengan terkeluarnya Sanusi Junid, agenda ”mengamankan UIAM” ini dipikul pula oleh Tan Sri Mohd Sidek. Hassan.

Adakah beliau akan berjaya? Kita tunggu pilihanraya kampus 2008, genap 10 tahun (tolak satu tahun) kumpulan pro-mahasiswa menjuarai hati mahasiswa kampus UIAM.

Nota: Penulis adalah graduan UIAM 1999 – 2003, yang mengikuti perkembangan kes pemecatan Presiden MPP UIAM tersebut. 

 

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com