fbpx

Awas sekiranya saudara bercita-cita untuk memulakan bisnes sendiri.

  • 7 years ago
  • 3Minutes
  • 394Words
  • 423Views

Sekiranya saudara seorang mahasiswa, atau seorang graduan yang bercita-cita untuk menjadi usahawan, saudara perlu bersedia menghadapi situasi-situasi berikut;

Rakan-rakan yang ragu-ragu dengan kemampuan anda.
Rata-rata rakan-rakan yang sama-sama belajar di kampus akan menganggap usahawan merupakan kerjaya yang memerlukan seseorang mengeluarkan modal yang besar, menghadapi risiko persaingat yang hebat, memerlukan pekerja yang ramai, bekerja 25 jam sehari, bekerja 8 hari seminggu, terpaksa meninggalkan keluarga, dan seribu satu perkara-perkara yang menkutkan!

Awak tau tak, bukan senang nak bekerja sendiri ni

Awak ni boleh ke berniaga? Matematik dulu selalu fail

Berniaga??!!! Kau nak berniaga??? Kau nak mampos ke??

Kau ingat senang ke nak dapat untung dengan berniaga?

Rakan-rakan yang obses dengan kerja makan gaji.
Selalunya, mereka ini telah menyediakan berpuluh-puluh resume untuk dihantar ke mana-mana syarikat atau jabatan kerajaan. mereka ini bersedia untuk menjadi seorang pekerja yang setia kepada majikan mereka.

Baik awak bekerja dengan kerajaan, banyak kelebihan yang awak dapat. Dapat loan murah, ada elaun perumahan, ada elaun KOLA, boleh dapat cuti tahunan. Kerja pun rilek

Kerja makan gaji ni tiap-tiap bulan confirm dapat gaji. Kalau berniaga belum tentu

Confirm tiap-tiap tahun ada increment sekurang-kurangnya RM 150.00. Kalau berniaga, bulan-bulan pun belum tentu masuk.”

Senior-senior yang pernah gagal dalam bisnes.
Idea untuk menjadi usahawan ini sudah tentu pernah difikirkan oleh mereka yang grad lebih awal daripada saudara. Apabila mereka mendapat tahu tentang hasrat saudara untuk memulakan bisnes, sudah tentu mereka tidak mahu kegagalan yang sama tetjadi kepada saudara.

Aku nasihatkan kau, lupakanlah niat murni kau tu untuk berniaga. Aku dah pernah mengalaminya… (ulang dialog-dialog pada situasi no.1 dan no. 2

Senior-senior yang telah lama makan gaji.
Mereka ini telah bertahun-tahun makan gaji dan merasakan dunia makan gaji adalah dunia kerjaya yang terbaik. Pengikut-pengikut mereka adalah rakan-rakan saudara pada situasi no. 2. Maka, diaolg mereka sama dengan dialog rakan-rakan saudara pada situasi no.2.

Ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat anak mereka tidak mahu makan gaji.

Situasi ini paling genting kerana ia melibatkan ikatan kekeluargaan. Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak seorang graduan sekarang, lahir pada zaman awal kemerdekaan. Mereka mempunyi kecenderungn mengharapkan anak-anak mereka bekerja makan gaji dengan kerajaan.

Ayah amat mengharapkan kau dapat ikut jejak abang dan kakak kau bekerja dengan makan gaji dengan kerajaan. Lepas bersara nanti, dapat wang pencen

Angah, emak rasa lebih baik angah apply KPLI, untuk jadi cikgu macam emak dengan ayah. Kerja cikgu ni masuk pukul 7.30, pukul 2.00 dah boleh balik. Lepas tu, cuti pun banyak

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Buku ini saya beli pada 26 April 2005 di PWTC…