fbpx

Apa Yang Anda Tahu Berkenaan Hibah Amanah di Tabung Haji

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 498Words
  • 581Views

Tadi saya menerima panggilan daripada seorang pegawai Tabung Haji berkenaan hibah amanah yang emelkan kepada mereka sebelum ini.

Saya baru tahu ada perbezaan antara hibah amanah di Tabung Haji dengan hibah amanah di ASB & semua produk saham amanah di PNB.

Di Tabung Haji, jika berlaku kematian kepada penerima hibah, maka wang simpanan yang dihibahkan daripada akaun Tabung Haji pemberi hibah akan menjadi harta pusaka penerima hibah dan diagihkan mengikut faraid.

Manakala di ASB, jika berlaku situasi sama, wang tersebut masih lagi milik pemberi hibah.

Contoh, seorang suami mempunyai wang di dalam Tabung Haji dan ASB dan mendaftarkan nama isteri sebagai penama dalam dokumen hibah amanah masing-masing sebanyak 100%.

Sekiranya si isteri meninggal dunia terlebih dahulu, implikasi berbeza ke atas wang simpanan ASB dan TH si suami yang dihibahkan tadi.

Wang dalam akaun TH suami, menjadi harta pusaka arwah isteri dan perlu diagihkan mengikut faraid. Hak faraid suami adalah 1/4 daripada harta tadi.

Manakala wang dalam akaun ASB, masih milik suami walaupun sudah dihibahkan kepada isteri.

Asalnya saya hendak membuat perancangan hibah ke atas Tabung Haji saya, tapi selepas menerima maklumat ini, saya hanya buat penamaan biasa saya.

Dengan penamaan biasa, sekiranya penama meninggal, ia masih lagi milik saya dan boleh tukar penama lain.

Berdasarkan semakan saya juga mendapati bahawa di ASB & PNB masih belum boleh diletakkan penama.

Jadi, untuk Tabung Haji saya kekalkan dengan penamaan biasa. Jika penama meninggal dunia, wang masih lagi milik saya. Jika hibah amanah di Tabung Haji, jika penama hibah meninggal dunia, ia bukan jadi milik saya lagi. Jadi, ia menjejaskan perancangan kewangan saya.

Manakala untuk ASB, saya kekalkan sahaja tanpa sebarang penamaan hibah. Sebab, kos hibah amanah di ASB hampir sama dengan wang dalam akaun ASB saya 😅 Macam tak berbaloi pula buat dokumen bagai.

Untuk perancangan hibah, saya gunakan instrumen takaful, ia lebih berbaloi dan kos efektif. Jika umur 30 tahun, kos sumbangan bulanan hanya R.M140++ sahaja untuk manfaat hibah sebanyak setengah juta! Bukan itu sahaja, ia sekali dengan manfaat lumpuh kekal dan penyakit kritikal, selain hibah.

(Nota: Jika berminat manfaat takaful sebegini, klik di sini

Hanya 140/bulan untuk manfaat 500k bagi kematian + lumpuh + sakit kritikal)

Kenapa saya gunakan kaedah takaful?

1. Ia lebih mudah dicairkan apabila meninggal dunia kelak kerana ia WAJIB ada penama atau hibah atau kedua-duanya.
2. Saya boleh letak penamaan hibah bagi tujuan income protection.
3. Saya boleh letak penamaan biasa bagi tujuan melangsaikan hutang.

Manakala bagi Tabung Haji, ia akan menjadi harta pusaka sekiranya saya meninggal dunia yang boleh waris gunakan untuk melangsaikan hutang yang masih berbaki apabila meninggal dunia kelak.

Selepas menerima maklumat itu, saya terus buat cross reference ke kedua-dua website untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan rasmi.

Ternyata ia memang ada dinyatakan secara jelas dalam website Tabung Haji dan PNB. Mereka dah lama rancang, cuma saya sahaja yang lalai 😅

Ada sesiapa lagi yang baru tahu dan lalai macam saya?
Afyan Mat Rawi,
INFAQ Consultancy
P/S: Jika ada sesiapa nak merancang hibah, pusaka dan takaful melalaui Team INFAQ, boleh klik di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Maybank sediakan solusi masalah sejagat NAK MAKAN MANA? Selalu sangat…