February 13, 2017
Ayah Masuk Surat Khabar
“AYAH MASUK SURAT KHABAR?”
Teruja betul budak-budak ni dapat tengok ayah mereka masuk akhbar.
Nak balik rumah, singgah di Petronas, 7e, kedai buku, kedai runcit pun susah akhirnya jumpa selepas 3 kedai runcit. Sold out sebab dah petang. Hahaha
Macam-macam soalan ditanya selepas baca keratan akhbar tersebut.
“Ayah dulu berniaga pasar malam?”
Ya, masa ayah belum kahwin dengan Ummi.
“Berapa tahun”
Sekejap je
“Eh, ayah ada 3 rumah?”
Ya.
“Kita duduk satu rumah je?”
Takkan nak duduk semua rumah.
“Ayah, macamana ayah masuk surat khabar?”
Sebab ayah hensem. Tengok semua yang masuk akhbar mesti hensem.
.
.
.
….Krik, krik….
Nota: Keratan penuh rujuk posting sebelum ini.
Nasib baik mereka tak tanya “Ayah masuk surat khabar? Muat ke?”
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran