fbpx

Bagaimana memahami ekonomi melalui Al Quran

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 554Words
  • 314Views

Dalam Seminar Keajaiban Al-Quran anjuran K Fiqh Sdn BHd beberapa tahun dulu, dalam sesi soal jawab saya ditanya tentang contoh keajaiban Al-Quran dalam hal ekonomi. Lalu saya membacakan ayat ini sebagai perkongsian:-

قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تُحْصِنُونَ

Yusuf berkata: “”Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (gandum) yang kamu simpan
( Surah Yusuf: 47-48)

Secara ringkas ayat ini mengandungi panduan dalam memahami situasi ekonomi dan cara mengurus perbelanjaan berhemah dan langkah pengurusan dan penyerapan risiko.

1. Ayat ini memberi indikasi (tujuh tahun hasil tuaian hebat lagi untung akan didatangi tujuh tahun sulit) bahawa waktu hasil banyak akan didatangi selepasnya waktu hasil kurang. Dalam bahasa lainnya, terdapat waktu ekonomi berkembang pesat dan keuntungan meningkat, namun sampai suatu keadaan ia akan pecah seperti buih yang sudah terlalu besar lalu jatuh. Kegagalan dalam fahami tabiat alam ini akan jadikan kelam kabut, gawat dalam pengurusan dan mungkin jatuh muflis.

2. Ayat ini memberi panduan (kecuali sedikit untuk kamu makan), agar kita berdisplin dalam berbelanja pada waktu mewah, hasil banyak dan keuntungan tinggi. Displin ini bakal memudahkan kita menangani belanja pada waktu sukar kerana telah biasa berbelanja mengikut keperluan dan bukan berdasarkan keinginan nafsu. Kegagalan mematuhi displin ini bakal mengakibatkan kesusahan dan keperitan yang tidak mampu ditanggung apabila tiba waktu sukar.

3. Ayat ini memberi panduan, agar sentiasa sediakan reserve bukan sekadar cukup makan tetapi simpanan paling ideal adalah untuk ‘full cycle’ iaitu jika 7 tahun makmur maka simpanan juga patut sama banyak sebagaimana lamanya tempoh ekonomi berada di puncak. Itulah keseimbangan yang diajar di dalam Al-Quran. Maka bukanlah simpanan sekadar untuk bertahan 10 bulan atau sepertinya semata-mata.

4. Ayat ini juga beri indikasi bahawa simpanan terpenting adalah bahan makanan yang tahan lama dan mampu bantu untuk terus hidup. Maka simpanan wang tunai perlu diseimbangkan dengan simpanan bentuk makanan asasi ini, kerana wang tunai mudah jatuh nilai kuasa belinya.

5. Ayat ini juga beri indikasi apa yang disimpan mestilah dalam keadaan TIDAK DIUSIK (dalam bulirnya). Ertinya, kesegarannya terpelihara dan tahan lama dan kurang risiko rosak. Dalam bahasa moden hari ini, jika simpan tunai, mesti mencari medium simpanan yang paling kurang berisiko dan bukannya dalam instrument pelaburan yang tinggi risiko.

6. Ayat ini juga mengajar agar perbelanjaan waktu gawat juga sentiasa diperhati dan dikurangkan agar tidak semua simpanan habis digunakan.

7. Pengajaran ayat ini juga sesuai untuk pengurusan ekonomi semua peringkat termasuk individu, keluarga, syarikat dan negara.

Ramai kelihatan sudah TERLAMBAT kerana di waktu sukar dan payah baru ingin SERIUS DALAM BERJIMAT, namun ia sangat sukar diamalkan jika telah boros sewaku mewah. Diulangi, sangat PERLU BELAJAR BERJIMAT sewaktu KITA MEWAH DAN BERHASIL BANYAK.

Penjimatan waktu sukar amat payah bagi mereka yang boros, menuntut pengorbanan luar biasa dan pasti ramai yang jatuh serta menjadi mangsa hutang.

Antara bukti pengurusan belanja secara berhemah waktu mewah adalah kita beraya mengurangkan hutang dan menambah simpanan. Namun jika hutang sentiasa bertambah hatta sewaktu mewah, itu bakal menjadi lebih perit dan bahaya sewaktu sukar nanti.

Langkah jimat itu juga meningkatkan jatidiri kita agar tidak terbuai dengan nafsu dan melayani keinginan yang tiada penghujung.

*Tulisan di atas daripada Telegram Channel Dr. Zaharuddin Abd Rahman

** Gambar sekadar hiasan, sewaktu menjadi panel program sepentas dengan beliau pada tahun 2015.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bestnya hidup macam ni... Golongan begini yang akhir sekali nanti…