Bahana Gaji Awal
Rakan saya ini bekerja di bahagian Human Resource sebuah syarikat swasta.
Beliau update situasi yang berlaku dan tag saya.
Gara-gara gaji masuk awal sempena raya, sebaik sahaja kembali daripada cuti raya, berduyun-duyun staf apply personal loan untuk tampung kos sara hidup sebelum gaji sebulan akan datang.
Beliau yang bekerja di bahagian HR, menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada pihak bank untuk pengesahan staff.
Inilah #nerakawang.
MASALAH besar orang kita ialah apabila mudah sangat buat hutang.
✖ Nak raya buat hutang.
✖ Nak renovate rumah buat hutang.
✖ Nak kahwin buat hutang.
✖ Anak masuk sekolah buat hutang.
✖ Lepas beli kereta dengan hutang, buat hutang lagi untuk modified kereta
✖ Masuk U buat hutang.
✖ Nak beli rumah, tak ada deposit, buat hutang
✖ Kadang-kadang, sebab tengok rakan seofis buat hutang, tiba-tiba rasa nak buat hutang.
Dan situasi ini berlaku saban tahun, dan akan memberi impak domino kepada situasi seseorang.
Gaji masuk awal ➡ Belanja tak ingat dunia ➡ Duit gaji awal habis ➡ Buat personal loan ➡ Belanja sakan lagi ➡ Duit habis lagi ➡ Buat personal loan lagi ➡ Hutang bertimbun ➡ Tak mampu kumpul aset ➡ Umur makin meningkat ➡ Hutang piutang tak habis-habis bayar ➡ Salahkan kerajaan sebab harga barang mahal ➡Salahkan Zionis sebab wujudkan wang kertas ➡ Salahkan semua orang kecuali diri sendiri.
Jauhi #NerakaWang
Follow FB Afyan Mat Rawi dan klik see first utk lagi tip-tip dan panduan kewangan.
Follow juga channel telegram t.me/tipsRM
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran