Baki pokok hutang rumah tidak berkurangan, malah meningkat pula!
Ini antara kes rare yang saya terima aduan melalui FB.
Saya pernah kongsikan sebelum ini, dan sekali lagi saya kongsikan memandangkan sekarang kadar OPR meningkat.
Saya kongsikan selepas mendapat keizinan daripada beliau.
Seorang rakan berkongsi terang perihal loan perumahannya yang sudah dibayar selama hampir 15 tahun tapi baki pokok terkini lebih besar dari amaun awal pinjaman.
Ini mesej yang dihantar oleh seorang followers
Terkejut beruk saya membacanya! Kes yang biasa saya terima, ia kurang sedikit sahaja atau tidak berkurangan dalam tempoh tertentu.
Awalnya saya agak sangsi, bagaimana mungkin boleh jadi begitu. Lalu saya minta beliau berikan penyata terkini dan surat tawaran atau letter offer (LO) pinjaman beliau. Selepas diberikan, ternyata benar apa yang di kongsikan. Rujuk gambar di atas
Tapi kalau ini bukan sahaja baki pokok hutang rumah tidak berkurangan, malah meningkat pula!
Pinjaman perumahannya bermula pada tahun 2005 dengan amaun RM68,028
Dalam penyata terkini tahun 2020, baki pokok pinjaman beliau ialah RM73,132. Rujuk gambar di atas.
Meningkat kira-kira RM5,104!!! Tuan-Puan boleh lihat sendiri.
Dalam kes ini, beliau melanggan perbankan konvensional. Dalam perbankan Islam, tidak akan berlaku kenaikan harga jualan yang telah dimetrai dalam kontrak. Jiga
Saya kongsikan perkara ini supaya rakan-rakan alert dengan pinjaman perumahan Tuan-Puan, terutama pinjaman perumahan melalui bank. Jika LPPSA, mungkin tidak timbul isu sebegini.
Jika pinjaman bank, perlu berhati-hati dengan “default clause” yang menjadi perangkap samar pinjaman Tuan-Puan.
Sekurang-kurangnya semak setiap tahun supaya anda tahu ke mana wang ansuran itu pergi.
Berikut beberapa panduan untuk rakan-rakan
- Pastikan bayaran ikut jadual.
- Pastikan jangan lewat.
- Biar bayar lebih jangan bayar kurang.
- Alert dengan pengumuman naik turun OPR yang akan memberi kesan.
- Tahun-tahun awal memang akan lebih bayaran untuk keuntungan bank atau dipanggil interest atau riba dalam konvensional.
- Jika OPR naik, pastikan bayaran ansuran ditambah seiringan.
- Jika OPR turun, walaupun diberi pilihan untuk kurangkan bayaran, tapi sebaiknya kekal sahaja bayaran kita supaya ia banyak kepada bayaran pokok.
- Bayaran lebihan, pastinya masuk ke bayaran pokok. Kena rujuk bank untuk memastikan ia berjalan begitu.
- Bayaran lebih yang tidak dibayar kepada bakik pokok hanya sekadar bayaran advance sahaja.
- Kadangkala, bank kenakan caj untuk fire insurans yang ditolak dari ansuran bulanan, jadi secara automatik bayaran ansuran ke atas baki pokok berkurangan.
- Selain itu, semak juga MRTT yg cover pinjaman perumahan yg tidak seiring dengan coverage, jadi perlu sediakan back up dengan melanggan MLTT.
Sebaiknya pilih perbankan Islam supaya ia bebas daripada riba, namun sebagai entiti bisnes ia tetap mempunyai kadar keuntungan tertentu dalam setiap pembiayaan perumahan.
Perkara mengenai pengurusan hutang, membeli rumah, perancangan kewangan dsb ada dikongsikan dalam Buku Bijak Merancang Wang.
Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM39 sahaja! Harga biasa RM49, tapi hari ini saya buat PROMOSI TERKEJUT RM39 sahaja (tak termasuk postage)
Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi
Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW
*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran