Bangsa anti bank Islam selalu mendakwa bahawa bank Islam masih amalkan riba
Bangsa anti bank Islam selalu mendakwa bahawa bank Islam masih amalkan riba Bukti mereka bahawa, umat Islam yang melanggan bank Islam hidup tertekan, muflis dan segala macam masalah.
Cuba hayati hadith ini, seorang sahabat bernama Abu Umamah yang hidup resah gelisah disebabkan hutang.
Walaupun hutang halal, tapi masih hidup dalam keadaan gelisah.
Nabi Muhammad dah lama sebut, kita je yang lalai….
Rujuk Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:
Abu Said Al-Khudhri RA berkata:
“Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.
Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?”
Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.”
Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?”
Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”
Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Berdasarkan hadith di atas, sahabat baginda Rasulullah pun gundah gulana disebabkan hutang. Sudah tentu sahabat berkenaan tahu hukum hakam dan hutangnya adalah hutang yang patuh syariah dan tidak ada riba.
Walaupun hutang yang patuh syariah dan tidak ada riba pun boleh menyebabkan seseorang itu hidup resah gelisah, gundah gulana.
Jadi, untuk mengatakan bahawa perbankan Islam masih ada riba dengan bukti kononnya ramai yang hidup resah gelisah adalah tidak tepat sama sekali.
Hutang itu sendiri adalah perkara yang boleh menimbulkan resah gelisah. Hutang adalah perkara halal tapi memberi implikasi buruk jika tidak diuruskan dengan baik.
Jadi, sebaiknya jauhilah daripada berhutang, lebih-lebih lagi berhutang dengan bank riba.
Riba itu sendiri adalah dosa dan perkara maksiat. Jika berhutang dengan bank riba, menambahkan lagi malapetaka.
Hutang adalah #nerakawang. Hutang riba pula ialah kombinasi neraka wang dan neraka jahanam.
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran