Kakitangan Kerajaan Mudah Menanggung Hutang

Pengalaman saya mengendalikan program-program Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW kepada kakitangan awam, majoriti mereka memiliki komitmen hutang melebihi 50% daripada gaji bulanan.
Malah ada juga yang saya jumpa sehingga 70% ke 80% daripada gaji bulanan.

Ia adalah satu tahap yang sangat merbahaya.

Mudah dapat pinjaman

Kakitangan kerajaan adalah golongan yang mudah untuk mendapatkan fasiliti hutang daripada bank.

Selain hutang kenderaan dan hutang rumah, majoriti pasti akan ada hutang personal loan, dengan pelbagai tujuan.

Yang paling popular hutang untuk kahwin.

Ada juga sebab-sebab lain seperti tutup hutang kad kredit, renovate rumah, deposit rumah, join kutu, join MLM, pelaburan, malah tak kurang yang buat hutang sebab terpedaya dengan skim sontot.

Kadang ada yang sampai 3, 4 personal loan.

Ada juga yang buat personal dengan asbab “dah tengok kawan-kawan buat personal loan, jadi saya pun apply. Kalau tak apply rasa janggal pula”.

Itu contoh-contoh ekstrem yang saya biasa terima.

Untuk lebih ekstrem, mereka tak ada pun simpanan kecemasan. Sangat bahaya.

Sebab itu saya selalu tekankan setiap orang perlu tahu asas kewangan dahulu, barulah boleh bina mindset betul dari segi kewangan.

Bagaimana caranya nak bina mindset yang betul?

Kita cover dalam BMW Live nanti.

Saya akan rungkaikan perkara asas yang perlu anda tahu supaya tidak terjebak dan terikut-ikut dengan orang lain.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Orang yang nak berjaya selalu lalui kisah sedih begini. Ada…