Bebas hutang dengan teknik debt snowball oleh Dave Ramsey

BEBAS HUTANG DENGAN TEKNIK DEBT SNOWBALL OLEH DAVE RAMSEY
Rasa terbeban dengan hutang yang banyak? Jangan risau!
Kuncinya bukan formula rumit, tetapi momentum!
Teknik Debt Snowball membantu anda membina momentum dengan cepat dan konsisten untuk bebas daripada belenggu hutang.
1. SENARAIKAN HUTANG DARI PALING KECIL KE PALING BESAR
Jangan risau tentang kadar faedah atau keuntungan. Fokus pada jumlah hutang kerana ini bukan tentang matematik, tetapi tentang momentum untuk keluar dari hutang.
2. BAYAR MINIMUM UNTUK SEMUA HUTANG KECUALI YANG PALING KECIL
Pastikan semua hutang lain dibayar sekadar bayaran minimum, supaya anda boleh fokus melangsaikan hutang yang terkecil terlebih dahulu.
3. LANGSAIKAN HUTANG TERKECIL DENGAN SEGALA SUMBER YANG ADA
Cari jalan untuk mengumpul lebihan wang bagi membayar hutang ini secepat mungkin. Jual barang yang tidak diperlukan, buat kerja tambahan, kurangkan perbelanjaan—jika perlu, makan nasi dan telur dulu!
4. GUNAKAN BAYARAN ITU UNTUK HUTANG SETERUSNYA
Apabila hutang pertama selesai, ambil jumlah bayaran yang digunakan tadi dan alihkan kepada hutang kedua yang terkecil.
5. ULANG PROSES INI SEHINGGA SEMUA HUTANG SELESAI
Teruskan proses ini sehingga semua hutang anda lenyap!
Mungkin ada yang berfikir, “Bukankah lebih baik langsaikan hutang yang kadar faedahnya paling tinggi dahulu?”
Ya, secara teori, itu lebih menjimatkan. Tetapi masalah utama dengan hutang bukanlah nombor, tapi disiplin dan motivasi.
Jika anda hanya bergantung kepada kira-kira di atas kertas tetapi tiada semangat untuk meneruskannya, anda akan cepat berputus asa.
Teknik Debt Snowball memberi anda kemenangan kecil yang cepat dan ini sangat penting untuk kekal bermotivasi.
Apabila anda berjaya melangsaikan satu hutang kecil dalam beberapa hari pertama, semangat anda akan membara! Dari satu kemenangan ke satu kemenangan, anda akan mula melihat perubahan besar.
Ramai yang sudah berjaya keluar dari belenggu hutang menggunakan teknik ini.
ANDA PUN BOLEH! Tetapi ia hanya akan berlaku jika anda MULAKAN SEKARANG!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran