Beli hartanah tak salah. Tapi orang beli hartanah yang salah

Beli hartanah tak salah. Tapi orang beli hartanah yang salah.
Tersalah berhutang personal financing, merana 3 ke 5 tahun.
Tersalah beli kereta, merana 7 ke 9 tahun.
Sekali tersalah beli rumah, merana 20 ke 30 tahun!
Ramai orang teruja hendak beli rumah sebab dianggap sebagai aset dan lambang kejayaan hidup.
Tapi hakikatnya, rumah yang dibeli dengan hutang panjang boleh jadi beban besar kalau tidak dikira betul-betul.
Rumah yang dibeli bukan automatik jadi aset. Selagi ia tidak menjana aliran tunai positif, ia sebenarnya liabiliti.
Setiap bulan gaji habis untuk ansuran, ditambah kos penyelenggaraan dan bayaran lain.
Kisah orang yang beli apartment hampir setengah juta dengan bayaran RM3,000 sebulan jadi contoh jelas.
Sebelum itu hidup tenang dengan menyewa, tanpa beban hutang. Lepas beli rumah, tidur malam pun terganggu fikir ansuran.
Rumah itu bukan lagi nikmat, tapi jadi beban.
Kesilapan ramai ialah beli rumah kerana “keinginan”, bukan “keperluan”.
Bank kata layak, terus sign. Gaji naik sikit, terus buat keputusan besar.
Sepatutnya, kalau beli untuk duduk sendiri, pastikan harga rumah sebaiknya bersamaan 3 ke 5 tahun gaji.
Lagi rendah lagi bagus.
Lagi rendah bayaran ansuran.
Lagi kurang stress.
Dan lagi bahagia hidup
Kalau beli untuk pelaburan, pastikan sewa lebih tinggi daripada ansuran dan kos lain.
Kalau tidak, baik teruskan menyewa. Menyewa bukan dosa, malah lebih tenang dan fleksibel.
Beli rumah apabila mampu, bukan semata-mata apabila layak.
Silap beli rumah, kita sendiri yang terpaksa merana dua ke tiga dekad.
Itulah sebabnya saya selalu pesan, rumah bukan semestinya pelaburan terbaik. Kadang-kadang rumah sendiri adalah liabiliti paling mahal dalam hidup kita.
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00


