Beli Ikut Keperluan, Bukan Atas Kehendak

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha Ahmad

Hampir setahun bekerja, saya beli sebuah kereta terpakai. Tujuan beli supaya mudah untuk ke tempat kerja dan balik kampung.

Pantang cuti sekolah, sayalah orang pertama yang akan sampai di rumah mak. Efektif sekali. Haha.

Dari satu kedai ke satu kedai. Survey punya lama macam nak langgan takaful yang paling murah, tapi nak yang semua jenis perlindungan ada. 1 ke 2 bulan juga.

Akhirnya jumpa sebuah kedai kereta terpakai, ada kereta yang saya nak. Bincang-bincang, setuju. Esoknya saya pergi bayar tempahan.

Selepas setahun memiliki kereta baru lah sedar, kos penjagaannya bukan seperti jaga sebuah motosikal.

Paling tidak, setiap 10 ribu kilometer kena hantar servis. Tukar minyak enjin dan tukar barang yang rosak.

Maklumlah kereta terpakai. Ada saja penyakitnya. Pendingin hawa tak sejuk, penyerak hentak bocor dan pad brek haus. Begitulah.

Walaupun kereta terpakai, kos untuk bayar insurans boleh tahan mahalnya. Ya lah itu kereta pertama kan. Dulu tak tahu, insurans tak patuh syariah. Main bedal merata.

Janji kereta sah berjalan di atas jalan raya. Sekarang untuk perbaharui cukai jalan, saya langgan takaful. Alhamdulillah.

Di sana, ada perbezaan istilah antara insurans dan takaful.

Dah pakai untuk kesekian kalinya mulalah gatal-gatal tangan nak ubah suai. Bukan buat apa pun, tukar rim, tukar ekzos, tukar speaker dan 1001 macam mak nenek lagi. Haha.

Nak habis duit ke mana lagi kalau bukan kereta. Lagi pun masa tu belum kahwin.

Nak disiplin dalam menyimpan jauh sekali, banyak peruntukan pergi ke kereta. Segala-galanya tentang kereta.

Daripada bayar ansuran bulanan, petrol, tol, takaful, kos servis dan macam-macam lagi dah hampir suku gaji melebur ke situ. Insaf betul kalau ingat kembali.

Kemudian, beberapa hari lepas saya terbaca berita tentang ini :

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan bahawa jualan kenderaan pada bulan Oktober adalah adalah yang kedua tertinggi pada tahun 2020.

Ia berikutan kempen promosi besar-besaran oleh syarikat kereta berikutan pengeluaran model baharu.

Sebanyak 56,670 buah kenderaan terjual!

Saya tidak pula termasuk dalam statistik itu. Kalau ada pun mesti saya sudah jadi pembeli yang matang dan berilmu.

Beli ikut keperluan, bukan atas kehendak semata-semata. Kalau dahulu niat beli dah betul, tapi godaannya terlalu banyak.

Beli kereta yang betul berdasarkan kewangan semasa membantu kita supaya ada lebihan wang untuk buat 3 langkah penting.

  1. Disiplin dalam menyimpan.
  2. Melindungi harta dan kekayaan dengan takaful.
  3. Melabur dalam dana patuh syariah.

INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Dipetik dari FB Rashid Mohaimin Rata-rata orang yang saya jumpa…