Adakah Kita Faham Tentang Polisi Yang Diambil

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:10Views

Dipetik dari FB Rashid Mohaimin

Rata-rata orang yang saya jumpa dah ada Takaful atau insurans. Tapi Takaful tersebut dicarum oleh syarikat tempat kerja atau orang lain yang bayarkan (e.g: ibu/bapa, suami/isteri, pakcik/makcik).

Baguslah semakin ramai sudah ada kesedaran Takaful di Malaysia ni. Statistik penembusan takaful di Malaysia pada tahun 2016 adalah pada kadar 14.6%. Mungkin pada 2020 ni kadar penembusan lebih tinggi.

Cuma bila perlindungan Takaful tersebut dibayar oleh orang lain dan kita sendiri tidak ambil peduli tentangnya, seolah-olah kita tidak ada perlindungan langsung. Nombor polisi pun tak tahu macam mana?

Bayangkan jika polisi yang dilanggan adalah pelan Income Protection tapi jumlah perlindungan tak sampai pun setahun gaji. Rasa-rasa tercapai tak tujuan Income Protection tu?

Bayangkan pula jika pelan medical card yang dilanggan mempunyai Annual Limit yang rendah dan kita tak tahu pun tentangnya.

Bila masuk hospital akibat kemalangan kos pembedahan lebih tinggi daripada Annual Limit kad maka terpaksalah guna duit simpanan. Itu pun kalau ada simpanan, kalau takda macam mana?

Jadi lebih baik kalau kita sendiri faham dan ambil tahu tentang perlindungan takaful yang kita sendiri langgan. Takaful tu untuk diri sendiri juga kan?

.

Rashid Mohaimin

INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
"Afyan, ok tak saya keluarkan duit KWSP RM10,000 tu untuk…