Bendera putih: Simbol kegagalan kebajikan kejiranan dan politik Malaysia
Jika ada jiran kibarkan bendera putih di dalam kawasan kejiranan, bermakna saya belum menjadi jiran yang baik sebab selama ini tak perasan pun kesusahan mereka.
Ia simbol kegagalan saya selaku Muslim untuk ikuti saranan Rasulullah bahawasanya tidak sempurna iman sekiranya kita tidur dalam kekenyangan sedangkan ada jiran yang kelaparan.
Kalau YB, saya akan malu jika ada rakyat dalam kawasan Perlimen atau DUN saya menggantung bendera putih.
Apatah lagi berkongsi perkara tersebut di publik atau menggesa supaya ada bendera putih digantung dalam kawasan sendiri.
Ia satu keaiban dan simbol kegagalan saya sebagai ADUN atau MP.
Mungkin sebab itu juga kot ada MP atau ADUN yang tak sokong gerakan ini sebab ia simbol kegagalan mereka sebagai pemimpin tempatan.
Kempen bendera putih bukan kempen politik.
Ia asal dari marhaen, tapi ada ahli politik hijack. Kemudian musuh politik kepada ahli politik yang hijack tadi pula bangkang. Politikus duk bergaduh, rakyat jadi mangsa.
Makin lama politik Malaysia makin memualkan. Rakyat makin hilang percaya kepada sesiapa sahaja yang perintah negara.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
Rakyat Malaysia memamg prihatin!!!
Orang sidai kain putih pun, kita ingat dia kibar bendera putih. Baca apa Akak ni tulis dalam Group Lupa Apa Hari Ini
“Baru 40 minit aku sidai ne kain lap d jendela tiba² ada jiran bagi salam depan jendela pelik aku ingat runner ka atau budak² jnt hantar brg atau collect brg sdgkn pagi tadi suda dtg … tp aku heran ppuan bagi salam anggap jak la sisku jual kek … sekali nya dia tanya ok ka jg sis apa perlu bantuan Ya Allah terharu nya …. sis sorry saya jemur kain lap sis lupa plak pasal kempen kibarkan bendera putih tu terbaikkk ba jiran² ku d syg kmu ne tQ sbb prihatin …. nda pa la aku jemur d dapur la ne risau kita nnt ramai lagi yg bagi salam torbaiiiikkk semua…. abaikan warna nya ya bgtu laitu klu color kain lap segala minyak d dapur
Prihatin ba rakyat malaysia ne “
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran