Berbelanja Dan Menyimpan Satu Habit Atau Tabiat

Berbelanja dan menyimpan adalah satu habit atau tabiat dalam kewangan.

Orang yang mempunyai tabiat berbelanja, adalah orang yang terbiasa berbelanja sekian lama.

Begitu juga dengan menyimpan. Orang yang mempunyai tabiat menyimpan, adalah mereka yang sudah biasa menyimpan.

Selalunya orang yang suka berbelanja, jarang menyimpan. Manakala orang yang selalu menyimpan, mereka berbelanja dengan berhemat.

Tabiat ini bermula dengan mindset, diikuti dengan tindakan dan mendapat haus sebelum ia menjadi satu kepercayaan dan akhir sekali ia menjadi tabiat atau habit.

Ia bukan berlaku tiba-tiba.

Orang yang terjebak dalam #panicbuying majoriti ialah orang yang sudah biasa membeli-belah.

Manakala orang yang akan terjebak dalam #panicsaving akan terdiri daripada mana orang yang biasa buat simpanan selama ini.

Untuk mengubah sesuatu habit, ia perlu kesedaran yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh.

Lebih lama tabiat itu diamalkan, lebih sukar untuk diubah.

Jika tabiat yang baik, ia akan memberi impak positif untuk jangka masa panjang dan begitu juga sebaliknya.

 

Rokok alternatif, pilihan atau tabiat | Kolumnis | Berita Harian
gambar dari Berita Harian

Contoh tabiat merokok. Ia bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia ada permulaan dan dibina dari hari ke hari dari kecil, remaja hingga dewasa.

Orang yang biasa merokok 2, 3 kotak sehari, akan rasa resah jika tak dapat merokok.

Mereka juga tak kisah pun wang dihabiskan untuk membeli rokok dan tak ambil endah pun dengan amaran-amaran tentang keburukan merokok.

Untuk mengubah orang yang mempunyai tabiat merokok untuk meninggalkannya, bukan satu perkara yang mudah.

Merokok tadi sekadar satu contoh, untuk kita mudah faham.

Banyak lagi contoh-contoh tabiat. Ada juga tabiat yang sudah jadi budaya.

Jadi, tak perlu risau sangat kalau berlaku #panicsaving

1. Ia majoriti akan berlaku kepada orang yang sudah biasa buat simpanan. Dan jumlah itu tak ramai pun di Malaysia. Majoriti besar rakyat bukan dari kalangan orang yang mempunyai tabiat menyimpan.

2. Kelaua ia berlaku pun di kalangan orang yang biasa berbelanja, ia hanya acah-acah #panicsaving dan takkan kekal lama. Lepas tengok duit banyak dalam bank, mereka akan start berbelanja macam biasa.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com