Berita baik untuk seluruh rakyat malaysia..

  • 2Minutes
  • 254Words
  • 7Views

Saya baru terima mesej ini tadi, berkenaan pengumuman yg bakal dibuat nanti

Nampak macam “too good to be true”, tapi tidak mustahil ia akan dilaksanakan menjelang PRU yang semakin dekat.

Berdasarkan iklim politik semasa, parti pemerintah sanggup berbuat apa sahaja utk meraih kepercayaan rakyat utk kekal releven selepas PRU akan datang.

Berikut ialah mesej tersebut;

“Berita baik untuk seluruh rakyat malaysia. Antara intipati pengumuman istimewa yang bakal diumumkan kelak.

1. Harga petrol RON95 dan RON97 diturunkan seehingga 50% yang ditampung oleh keuntungan Petronas melalui subsidi bersasar.

2. Wang royalti minyak sebanyak 15% daripada keuntungan bersih tahunan syarikat carigali bertanggungjawab akan diberikan kepada kerajaan negeri yang terlibat.

3. Bantuan Kereta Madani (BKM) bakal diperkenalkan dengan bantuan bayaran deposit sebanyak RM5,000 untuk warganegara berumur 21 tahun ke atas yang tidak pernah memiliki kenderaan (Model Proton dan Produa sahaja)

4. Kadar keuntungan bank akan dikurangkan sebanyak 0.9% bagi kakitangan kerajaan dan 0.7% bagi kakitangan swasta swasta

5. PTPTN akan dilupuskan secara berperingkat bermula dengan peminjam yang tamat pengajian dengan pencapaian PNGK 3.0 dan ke atas

6. Graduan yang tamat pengajian dan telah menganggur melebihi 1 tahun akan diserap masuk ke sektor awam dibawah Skim Latihan Graduan Madai (SLAGM) dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500

7. Diskaun sebanyak 40% diberikan kepada remaja berumur 18-25 tahun untuk pembelian motosikal berjenama Malaysia

8. Tol akan diturunkan secara beransur-ansur sebelum ia dihapuskan sepenuhnya menjelang tahun 2028.

Berikut adalah antara intipati penting yang telah diberitahu oleh seorang pesakit mental Hospital Bahagia Tanjung Rambutan awal pagi tadi jika dia adalah Perdana Menteri

๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.”

Nota: Saya pun terkena. Huhu

Anda pun terkena? Jangan lupa kongsikan dengan masyarakat ๐Ÿ˜†

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
"Saya simpan emas, tapi kenapa macam tak ke mana?" Itu…