fbpx

Bersiaran di TV3 Dalam Wanita Hari Ini-Persediaan Persaraan

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 183Words
  • 436Views

Kali pertama bersiaran secara langsung di TV3 

Selepas Malaysia Baru, banyak pula jemputan media. Sebelum ini pertama kali tulisan saya tersiar di Utusan Malaysia.

Kali ini di TV3 dalam WHI, atas rekomendasi Dr Azizul Azli Ahmad. Terima kasih buat semua penonton tadi 

Topik tadi tentang persediaan persaraan. Ada 2 ahli panel untuk kupas topik ini, dalam masa 20 minit termasuk montaj – memang terhad.

Panel pertama Cik Puan Hasdiana Hussin, kaunselor UTM KL mengupas persediaan dari aspek mental dan emosi.

Manakala saya kupas dari sudut persediaan kewangan, berdasarkan statistik daripada KWSP yang mengatakan bahawa 60% pencarum akan habiskan wang simpanan KWSP mereka dalam masa 3 tahun selepas bersara.

Jika kita menyimpan RM100 sebulan dari usia 20 tahun hingga umur persaraan 60 tahun dengan peningkatan 10% setiap tahun dalam Tabung Haji dgn andaian pulangan 6% setahun, kita boleh sediakan RM1,000,000 pada usia persaraan.

Memang tak sempat nak huraikan detail dengan masa hanya 20 minit dengan 2 orang panel.

Boleh baca tulisan-tulisan berkaitan persaraan di https://afyan.com/?s=Persaraan

Dan saya baru tahu WHI bermaksud Wanita Hari Ini, bukannya Wakanda Hari Ini (ok, gurau je).

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini adalah tulisan Tuan Shakir Abdul Ghafar di FB beliau…