Betul ke Staf LHDN Terima Komisen?

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:61Views

Terbaca pada status Puan Ainon Mohd, berkenaan staf LHDN terima komisen berdasarkan berdasarkan cukai yang dikutip. Jika bonus tak rasa pelik sangat. Yang ditulis ialah bonus dan komisen.

Baca di komen ramai yang nafikan tentang komisen. Tapi yang nafikan, tak jumpa pula dari kalangan staf LHDN. Yang komen nafikan dari kalangan yang mempunyai kawan /adik / kakak / abang / ibu bapa yang kerja LHDN.

Terbaca pula di komen bahawasanya staf LHDN tertakluk kepada akta dan tak akan dedahkan perkara tersebut kepada publik.

Sejauh mana kebenarannya? Wallahua’lam.

Saya ada beberapa rakan dan pelanggan yang bekerja di LHDN. Baru mesej tanyakan. Agak-agak dapat jawapan tak?

UPDATE: Saya sudah tanyakan 2 orang rakan yang bekerja dalam legal dan akaun LHDN, meraka nafikan perihal komisen. Bonus ada, tapi komisen tidak.


Wallahua’lam.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Seorang rakan berkongsi kepada sebuah video seorang ustaz memberi penerangan…