Bijak Merancang Wang: Plan Persaraan
Merancang Persaraan, Mula Dari Sekarang
Dengan membuat pelaburan RM100 sebulan hingga usia persaraan pada 60 tahun, dengan pulangan purata 10%, memberi jumlah yang berbeza bergantung bila anda mulakan simpanan.
Jika ia bermula pada 25 tahun, ia boleh mencecah RM325,000++ dana persaraan pada usia 60.
Jika lewat 5 tahun, bermula pada usia 30, jumlah tersebut menjadi RM197,000++. Beza lebih RM100,000!
Jika lewat lagi 5 tahun, bermula pada usia 35 tahun maka jumlah tersebut akan menjadi RM118,00 ++!
Jika bermula pada usia 40 tahun, jumlah yang diperolehi lebih rendah iaitu RM68,000 lebih sahaja.
Semakin lewat semakin sedikit.
Jika umur 50 baru mempunyai kesedaran untuk melakukannya, jumlahnya tidak sampai pun RM20,000.
Masa yang terbaik untuk memulakan dana persaraan ialah ketika mula-mula bekerja.
Masa kedua terbaik? Sekarang.
Bagaimana Mengumpul RM1 Juta Pada Usia Persaraan?
Andaikan anda akan bersara pada usia 60 tahun, berapa jumlah yang patut anda laburkan sekarang?
Ia bergantung kepada berapa usia anda sekarang, dan berapa kadar ROI.
Andaikan ROI 10%.
Jika bermula pada usia 25 tahun, jumlahnya ialah RM307 sebulan selama 35 tahun.
Jika bermula pada usia 30 tahun, jumlahnya meningkat kepada RM506 sebulan, selama 30 tahun.
Ia meningkat lagi jika usia 35 tahun, iaitu berjumlah RM847 sebulan.
Dan ia meningkat dan terus meningkat seiring usia, kerana tempoh persaraan semakin pendek.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran