fbpx

Bila dunia tenang, emas turun tapi jangan leka

  • 1Minute
  • 142Words
  • 10Views

Perang tamat? Harga emas turun

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump umumkan gencatan senjata penuh antara Israel dan Iran.

Konflik selama 12 hari itu akhirnya reda, dan pasaran dunia terus beri reaksi.

– Saham naik.

– Minyak turun.

Emas? Turun juga.

Beginilah lumrah pasaran. Emas naik bila dunia bergola, turun apabila reda.

Tapi itu hanya reaksi jangka pendek.

Hakikatnya, bank-bank pusat dunia terus membeli emas saban tahun.

Mereka jadikan emas sebagai simpanan rizab negara.

Kenapa?

Sebab emas ialah safe haven, pelindung nilai dalam dunia yang tak menentu.

Kalau bank pusat pun simpan emas untuk lindungi ekonomi negara, apatah lagi kita yang cuma ada simpanan peribadi.

Masa harga turun inilah peluang tambah simpanan.

Jangan tunggu krisis baru nak cari emas.

Beli waktu tenang, supaya kita selamat waktu ribut datang.

Harga turun bukan tanda tamat.

Ia tanda peluang baru bermula.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Caj melampau hospital swasta: Sampai bila pengguna menjadi mangsa? Tahun…