Bila ejen misleading, kenapa saya pula disalahkan?
Saya bertanggungjawab 100% dengan apa yang saya tulis. Jika ia salah, saya tidak akan reragak-agak untuk minta maaf dan tarik balik.
Saya tak faham kenapa saya yang kena bertanggungjawab sekiranya ada pelanggan yang nak batalkan polisi takaful mereka?

Saya dari dulu konsisten mengatakan bahawa hibah takaful boleh dicabar, bukan baru.

Tapi apabila berlaku kes hibah takaful dicabar dan masyarakat mula sedar, kenapa saya yang perlu bertanggungjawab?

Apabila saya tanya soalan di bawah, sampai ke sudah tak jawab.
Soalan saya mudah sahaja, kenapa ramai orang nak tamatkan polisi?
A. Sebab selama ini mereka percaya bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar (sama ada daripada ejen atau bukan) dan apabila berlaku kes hibah takaful dicabar, baru mereka tahu realiti sebenar tidak begitu.
B. Selama ini memang mereka tahu bahawa hibah takaful boleh dicabar dan apabila ia terjadi, mereka tidak terkejut pun?
Jika jawapannya A, kenapa saya yang perlu bertanggungjawab?
Jika jawapannya B, kenapa mereka nak batalkan polisi takaful mereka?

Tolong jawab jika benar-benar bertanggungjawab.
Saya cabar kepada mana-mana ejen takaful yang mengatakan bahawa saya perlu bertanggungjawab untuk jawab soalan saya di atas.
Berani kerana benar.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran