Bila kerja tanpa perjanjian bertulis boleh makan diri

  • 3Minutes
  • 402Words
  • 12Views

Saya simpati dengan apa yang berlaku ke atas Che Nom.

Sebenarnya isu yang dihadapi oleh Che Nom boleh diatasi dengan menyediakan perjanjian hitam putih daripada awal hubungan antara beliau dengan anak saudaranya.

Contoh perjanjian hitam putih yang sesuai ialah kontrak pembekalan perkhidmatan atau contract for services.

Saya belajar perkara ini kira-kira 10 tahun lepas, daripada seorang peguam yang berpengalaman luas dalam bidang Human Resources

Ia banyak membantu apabila saya memberi upah kepada individu-individu yang bukan sebagai pekerja syarikat.

Kita tidak terikat untuk membayar EPF dan SOCSO sebagaimana pekerja biasa. Manakala individu berkenaan juga tidak tertakluk kepada terma dan syarat pekerja seperti clock-in clock-out, MC, cuti tahunan, dan sebagainya.

Contract for Services merujuk kepada kontrak antara sebuah entiti (seperti syarikat) dan penyedia perkhidmatan bebas (freelancer / kontraktor) untuk melaksanakan sesuatu kerja atau projek.

PERBEZAAN DENGAN CONTRACT OF SERVICE

– Contract for Services ialah kontrak untuk kerja bebas, bukan hubungan majikan-pekerja.

– Contract of Service pula melibatkan hubungan majikan-pekerja secara rasmi.

CIRI-CIRI UTAMA

– Penyedia perkhidmatan bukan pekerja tetap.

– Tidak layak mendapat faedah pekerja seperti KWSP, PERKESO, cuti tahunan dan cuti sakit.

– Bayaran berdasarkan output kerja atau tempoh tertentu.

– Perkhidmatan diberikan secara profesional dan bebas.

– Tiada obligasi majikan untuk memberi arahan seperti kepada pekerja biasa.

UNSUR PENTING DALAM KONTRAK

– Skop kerja atau tugas

– Tempoh perkhidmatan

– Kadar bayaran dan kaedah pembayaran

– Hak milik hasil kerja (Intellectual Property)

– Klausa kerahsiaan

– Klausa penamatan

– Klausa indemniti (jika perlu)

CONTOH PERKHIDMATAN

– Penceramah jemputan

– Pereka grafik bebas

– Jurulatih atau trainer

– Perunding syariah atau kewangan

– Penyedia sistem atau laman web

KELEBIHAN KEPADA SYARIKAT

– Kos lebih fleksibel (tiada gaji tetap)

– Tidak perlu urus caruman KWSP, PERKESO dan lain-lain

– Boleh fokus kepada hasil kerja tanpa komitmen jangka panjang

KELEMAHAN BAGI PENYEDIA PERKHIDMATAN

– Tiada perlindungan seperti cuti, gaji tetap atau pampasan penamatan

– Tiada keselamatan pekerjaan

– Tanggung sendiri cukai dan caruman keselamatan sosial

NASIHAT UNDANG-UNDANG

– Sangat penting untuk menyediakan kontrak bertulis bagi mengelakkan pertikaian masa depan.

– Kontrak perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan difahami isi kandungannya.

KESIMPULAN

Contract for Services sesuai digunakan apabila anda mengupah individu atau entiti luar untuk tugasan khas tanpa perlu melantik mereka sebagai pekerja tetap.

Gambar yang disertakan adalah contoh dokumen berkenaan yang disediakan oleh peguam berkenaan 10 tahun lepas.

Nak ke saya bagi full version? Kalau ada 1k like, saya kongsikan full dokumen 😄

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Saya baru sahaja mengemukakan satu cadangan kepada Malaysian Takaful Association…