BISNES Umpama Mengendalikan Kapal Terbang…

“Bisnes umpama mengendalikan kapal terbang. Saat paling kritikal adalah ketika ‘take-off’ untuk berlepas; memerlukan sepenuh komitmen dan tenaga untuk pastikan ia berlepas dan tidak terbabas keluar landasan. Minit-minit pertama menjadi penentu ia terbang dengan selamat. Begitu juga dalam bisnes, 3 tahun pertama adalah masa paling kritikal untuk pastikan ia ‘terbang’ dengan jayanya, memerlukan sepenuh komitmen dan semangat. Ketika di awan biru, ‘streng’ sudah boleh ditinggalkan”. Afyan, 2010.

Syarah dan tafsir oleh Tuan Zulfadhli
“Tempoh tiga tahun itu lihat juga pada apa yang telah dia lakukan. Kalau sekadar ‘play safe’ dan tidak mengambil banyak risiko, maka bagi saya, tiga tahun itu hanya biasa-biasa.

Berbeza yang ada improvement, mengambil risiko demi risiko dan sentiasa mencipta peluang baru yang lebih ‘besar’, maka usahawan sebegini pasti telah melalui tempoh tiga tahun itu dengan hebat sekali. Pasti banyak ujian dan pengalaman hebat dilalui.

Saya nyatakan ini atas pengalaman saya sendiri yang dahulu saya sering ‘play safe’. Akhirnya pencapaian hanya biasa-biasa dan tetap kekal dengan benda yang sama angkara ‘takut’ untuk mencipta peluang lain yang lebih besar.

Apa pun, tidak kiralah play safe atau ‘take risk’ yang besar, terus KEKAL dalam perniagaan sepenuh masa selama TIGA TAHUN adalah sesuatu yang tidak semua orang mampu melakukannya. Tahniah!

Rugi jika terlalu ‘play safe’. Jadikan tempoh tiga tahun pertama benar-benar tempoh ujian terhebat untuk kita. Beranikan diri mencuba segala idea. Lepas tiga tahun, kita sedikit sebanyak sudah masak dengan asam garam bisnes.”

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com