fbpx

Menjawab tuduhan PPIM terhadap perbankan Islam

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 387Words
  • 238Views

Saya ditag berkali-kali dalam sebuah video Tiktok sidang media PPIM yang mengatakan bahawa perbankan Islam di Malaysia menipu selama 40 tahun.

Hujahnya adalah kerana sekiranya ada sebarang pertelingkahan di antara bank dengan pelanggan, ia tidak dibicarakan di mahkamah syariah, tapi di mahkamah sivil.

Jadi, kesimpulan PPIM bahawa perbankan Islam di Malaysia menipu mengatakan mereka patuh syariah.

Pening saya mendengar hujah itu. Semudah itu menghukum.

Apa kelayakan syariah orang yang mempertikaikan status syariah perbankan Islam itu?

Di Malaysia, sememangnya mengamalkan dual-sistem dalam perundangan iaitu undang-undang shariah Islam dan undang-undang sivil. Undang-undang mahkamah syariah di Malaysia memang terhadap kepada undang-undang keluarga Islam yang hanya merangkumi nikah, kahwin, cerai dan pusaka. Malah itu pun ada perkara yang tetap kena rujuk undang-undang sivil dalam hal tertentu.

Contohnya, dalam hal pusaka, masih ada keterlibatan mahkamah sivil dalam beberapa urusan pewarisan. Tapi tidaklah ia menjadi hujah mengatakan bahawa ia tidak patuh syariah apabila dibicarakan di mahkamah sivil.

Sama juga undang-undang jenayah seperti mencuri, membunuh, zina dan seumpamanya, ia sepatutnya dalam undang-undang syariah tapi di Malaysia yang mengamalkan dual sistem, ia di bawah mahkamah sivil.

Jadi adakah secara automatik ia tidak patuh syariah?

Malah semua rakyat Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan yang juga undang-undang sivil, adakah menjadikan rakyat Malaysia tidak patuh syariah?

Sama juga dengan PPIM, pendaftaran PPIM tertakluk di bawah Akta Pertubuhan yang berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil. Adakah PPIM tidak patuh syariah?

Sebenarnya saya dah lama perhatikan PPIM ni. Beberapa tahun lepas pernah mengusahakan bank NORIBA di bawah KOPPIM, tapi sampai sekarang tak sebarang berita.

dana noriba pinjaman bank

Beria-ia benar mereka menyerang perbankan Islam. Apa hasilnya? Apa objektif mereka? Mereka mahu umat Islam menjauhi perbankan Islam dan meramaikan bank konvensional?

PPIM selalu mempertikaikan status patuh syariah bank-bank Islam, tapi bagaimana status patuh syariah PPIM dan KOPPIM? Siapa pula penasihat syariah mereka?

Mana laporan audit kewangan PPIM dan KOPPIM selama ini?

Saya tak ada masalah dengan harga objektif PPIM untuk membela pengguna Muslim. Malah saya sokong perjuangan mereka.

Tapi kalau sampai memperlekehkan usaha umat Islam lain untuk membangunkan ekonomi, ini sudah tidak kena. Fokus lah kepada usaha untuk membantu pengguna Muslim, bukan menyerang entiti umat Islam lain.

Ada beza antara kritik dan fitnah. Kalau nak kritik, dialu-alukan. Tapi masalah besar PPIM ni ialah mengfitnah institusi perbankan Islam.

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahniah kepada para pesesta #SeminarBMW Malaysian Palm Oil Board (MPOB)…