BNM kemas kini dasar pembiayaan peribadi 2025: Berita baik untuk penghutang

  • 3Minutes
  • 396Words
  • 12Views

Saya baru selesai mentelaah dokumen dasar (policy document) Bank Negara Malaysia (BNM) yang terbaru bertarikh 30 September 2025 berhubung pembiayaan peribadi.

Berikut ada beberapa intipati. Kalau malas baca boleh skrol dan rujuk summary 4 point penting

1. Dasar ini mahu elakkan orang ramai terbeban hutang dan galakkan pembiayaan yang berhemah.

2. Ia terpakai kepada bank, bank Islam dan beberapa institusi kewangan pembangunan.

3. Ia tidak meliputi pembiayaan rumah, kereta, kad kredit, overdraf, mikro pembiayaan, Ar Rahnu dan pembiayaan pendidikan.

4. Tarikh kuat kuasa ialah 30 September 2025.

5. Yang paling menarik, modul pendidikan kewangan wajib bermula 1 Januari 2027 untuk semua yang ingin memohon pembiayaan peribadi lebih RM100,000.

6. Tempoh maksimum pembiayaan peribadi KEKAL, 10 tahun.

7. Kaedah kadar rata dan Rule of 78 tidak lagi dibenarkan. INI BERITA BAIK!

8. Bank hanya boleh guna kadar tetap atau kadar terapung yang dicaj atas baki prinsipal semasa.

9. Bank wajib beritahu kadar keuntungan efektif, jumlah bayaran keseluruhan dan cara kiraan sebelum tandatangan. INI JUGA BWRITA BAIK sebab selama ini bank hanya tunjuk kadar rata atau flat rate.

10. Tiada lagi tawaran pra lulus secara automatik tanpa semakan kemampuan.

11. Tidak boleh skim bayar sekali gus di hujung tempoh menggunakan duit persaraan seperti KWSP atau pencen.

12. Jika buat top up atau refinance rumah sehingga melebihi baki asal, bahagian tambahan itu dikira pembiayaan peribadi dan tertakluk had 10 tahun.

13. Semua kemudahan berkaitan ini perlu dilapor dengan label jelas dalam CCRIS untuk ketelusan.

14. BNPL juga ikut peraturan ini jika ditawarkan oleh bank.

15. Bank mesti semak kemampuan pengguna untuk bayar penuh BNPL.

16. Individu muflis tidak boleh dapat BNPL.

17. Jika had BNPL terkumpul mencapai atau melebihi RM1,500, bank mesti buat penilaian kemampuan ikut DSR.

18. Caj lewat bayar BNPL hanya untuk tutup kos sebenar, bukan untuk cari keuntungan.

19. Akaun BNPL akan digantung jika terlepas tiga bayaran berturut turut.

20. Peniaga tidak boleh jadikan BNPL sebagai pilihan lalai di kaunter.

21. Islamic BNPL mesti patuh syariah dan elak riba.

22. Urus niaga emas dan perak melalui Islamic BNPL mesti secara spot dan T+2 dibenarkan atas uruf.

23. Dasar ini menggantikan versi 15 Disember 2023 dan membatalkan surat pindaan perlindungan pengguna bertarikh 10 Januari 2025.

Inti mudahnya begini.

– Had masa 10 tahun dikekalkan untuk pembiayaan peribadi

– Kadar rata dan Rule of 78 dihentikan.

– Modul pendidikan kewangan diwajibkan untuk pembiayaan melebihi RM100,000 bermula 2027.

– BNPL diperketat agar tidak jadi pintu masuk hutang tidak sihat.

Tujuan akhirnya untuk lindungi penghutang dan kukuhkan daya tahan kewangan isi rumah.

Afyan Mat Rawi, IFP

Follow untuk dapatkan lagi tip-tip kewangan dari Wakanda!

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Iklan
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Tempoh hari ada wartawan tanya berkenaan cadangan Bank Negara Malaysia…