fbpx

BNM mewajibkan medical card dengan bayaran bersama: Apa impaknya kepada pengguna?

  • 2 days ago
  • 2Minutes
  • 233Words
  • 9Views

Ini kenyataan BNM berhubung pelaksanaan keperluan medical card dengan bayaran bersama atau co-payment.

Selepas membaca kenyataan ini, saya makin faham rasional di sebalik pelaksanaan perkara ini:

1. Inflasi kos perubatan Malaysia melampau-lampau iaitu 12.6% berbanding 5.6% inflasi global.

2. Apabila inflasi perubatan meningkat, maka claim medical card pun meningkat.

3. Apabila claim medical card meningkat, maka tabungan tabarru’ takaful pun akan berkurangan.

5. Apabila tabungan tabarru’ berkurangan, maka harga sumbangan takaful perubatan perlu dinaikkan.

6. Justeru, pilihan medical card dengan ciri bayaran bersama (deductible atau co-payment) bertujuan untuk mengatasi isu di atas.

7. Dalam masa sama, medical card tanpa bayaran bersama atau yang dipanggil juga fully payment masih lagi ada.

8. Medical card dengan ciri bayaran bersama ini bukanlah baru, malah dah wujud lama cuma bukan semua syarikat takaful ada.

9. Jadi, mulai September tahun ini, BNM mengkehendaki semua syarikat takaful menyediakan produk medical card dengan ciri bayaran bersama ini.

10. Medical card dengan ciri ini didapati lebih rendah sebanyak 19% hingga 68% berbanding dengan produk yang serupa tetapi tidak mempunyai ciri-ciri tersebut.

11. Jadi ia sekaligus diharapkan agar pengguna boleh melanggan medical dengan harga mampu milik.

12. Dengan pelaksanaan perkara ini, diharapkan dapat membendung inflasi kos perubatan di Malaysia.

13. Ia juga adalah mekanisma kawalan terhadap penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berlebihan.

Jemput follow page ini untuk lagi tip kewangan dari Wakanda.

Boleh PM jika mahukan sesi konsultasi takaful bersama team saya.

Kalau nak join team saya pun boleh. Klik di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dari beberapa bulan lepas kecoh berita mengatakan "Tiada lagi Medical…