fbpx

Cadangan Saya: Wujudkan Silibus Perancangan Kewangan Di Sekolah

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 259Words
  • 467Views

Saya terima 2 mesej berbeza;

1. Mesej dari seorang rakan yang berada dalam sayap pemuda parti pembangkang yg meminta cadangan untuk manifesto mereka, untuk menjana kewangan anak muda dalam konteks pendapatan boleh guna.

2. Mesej dari seorang rakan untuk meminta idea untuk disampaikan kpd PM dan pengurusan tertinggi dasar kerajaan; bagaimana menjana high income pada tahun 2020.

Saya reply mesej yang sama;

“Menarik.

Cadangnya begini,

Kalau tengok statistik-statistik kewangan rakyat Malaysia, sangat membimbangkan.

Contoh:
– 60% pencarum menghabiskan wang KWSP dlm masa 3 tahun selepas bersara
– 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak memiliki wang kecemasan RM1,000
– Hanya 6% rakyat Malaysia yg mempunyai wang kecemasan 6 bulan gaji
– Hanya 20% pelabur unit trust melalui akaun 1 KWSP yg mendapat pulangan melebihi KWSP
– 50% kes bankrapsi berpunca dari hutang kereta
– 30% daripada rakyat Malaysia yg diisytiharkan bankrap adalah dari golongan bawah usia 30-an
– Lebih 60 billion harta beku di Amanah Raya
– Hanya 14% rakyat Malaysia memiliki takaful
– Hanya 45% rakyat Malaysia memiliki insurans hayat
– Jika mengenepikan pelanggan berulang, sebenarnya hanya 35% rakyat Malaysia yang memiliki insurans dan takaful
– 90% pemegang polisi insurans & takaful tidak cukup coverage

Puncanya ialah tahap kesedaran kewangan (financial literacy) yg rendah di kalangan rakyat Malaysia.

Antara perkara yg boleh dicadangkan;

1. Masukkan silibus tentang perancangan kewangan peribadi sejak dari sekolah rendah.

2. Jadikan subjek ini sebagai subjek wajib lulus di peringkat SPM

3. Jadikan ia sebagai subjek wajib bagi semua IPTA”

Semoga ia sampai ke kedua-dua belah pihak dan diberi perhatian sekiranya memerintah negara selepas PRU 14 nanti.

Ada cadangan tambahan? Boleh berikan komen, nanti saya panjangkan kepada pihak berkenaan.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, selesai program di Kuching, Sarawak. Program Pengurusan Kewangan Peribadi…