fbpx

Kelebihan Training Online

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 223Words
  • 384Views

Sepanjang PKP, banyak kali saya join sesi training secara online melalui video conference. Sebagai peserta, berbayar mahupun percuma.

Antara medium yang digunakan ialah FB Group, zoom, webex dll. Sudah tentu kelas secara fizikal lebih baik kerana dapat merasai feel sebenar menuntut ilmu.

 

Kelebihan tersendiri

Namun, ia ada kelebihan yang tersendiri

1. Boleh ikuti kelas dalam apa jua situasi. Sambil makan, sambil minum, sambil baring, sambil main handphone, sambil buang air pun boleh 😂

2. Soalan boleh ditanya pada bila-bila masa. Tak payah tunggu hujung kelas atau masa sesi soal jawab. Ada soalan boleh terus tanya. Tapi trainer jawab tak jawab tu belum tentu.

3. Kalau kelas biasa, jika terpaksa ke tandas, maka kita akan kehilangan momen-momen berharga. Tapi kali ini tidak. Ke tandas pun masih boleh belajar dan ikuti kelas 😂

4. Tak perlu berkejar-kejar ke tempat training untuk masuk kelas. Boleh ikuti dari rumah atau dari mana sahaja. Cari tempat yang ada internet ok dan terus on.

5. Kalau mengantuk masa kelas pun tak ada orang perasan. Kalau tertidur pun tak ada orang kisah. Kecuali kalau terlupa off video.

 

Apapun, ada beberapa cabaran juga untuk mengikuti kelas online sebegini.

1. Internet mesti tip-top. Kalau tak, memang spoil sepanjang sesi training.

2. Gangguan memang banyak terutama jika ada nama kecil.

3. Selalu sangat lari fokus sapanjang training, terutama jika berada di rumah.

Ada tambahan?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pagi ini memori FB menggamit kenangan kali pertama saya mengikuti…