fbpx

Cara Alternatif Jika Tidak Melanggan Medical Card

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 280Words
  • 418Views

Dalam masa 48 jam, viral 2 kes claim takaful medical card bermasalah tidak dapat keluarkan GL dan tidak dapat claim.

Kedua-duanya saya sudah berikan ulasan. Boleh skrol tulisan saya di FB semalam dan kelmarin.

Seperti biasa, kecaman-kecaman daripada netizen terhadap takaful, baik kpd ejen, syarikat dan industri keseluruhannya.

Ada yang menolak terus dan hilang kepercayaan terhadap takaful.

Saya tidak menyalahkan mereka. Ia adalah pilihan masing-masing.

Semua orang berhak untuk memilih atau tidak memilih untuk melanggan polisi takaful dan medical card.

Jadi saya berikan sedikit panduan buat rakan-rakan yang sudah hilang kepercayaan dan tidak mahu melanggan medical card.

Di sini saya sertakan beberapa cara alternatif untuk mengatasi masalah ini, tanpa perlu melanggan medical card.

1) JANGAN SAKIT.

Sebab hanya orang sakit yang perlu ke hospital dan memerlukan medical card.

Jadi, jangan jatuh sakit. Jaga kesihatan, makan makanan supplement tambahan, selalu bersenam dan lain-lain kegiatan yang memberi kesihatan.

Berdoa kepada Allah agar tidak jatuh sakit.

2) SAKIT JUGA? JANGAN PERGI HOSPITAL SWASTA

Jangan pergi mana-mana hospital swasta.

Pergi sahaja ke hospital kerajaan kerana di hospital kerajaan, orang kata percuma. Rugi jika pergi ke hospital swasta sebab bayarannya mahal. Hanya orang yang ada banyak duit atau menggunakan medical card sahaja yang mampu.

3) HENDAK KE HOSPITAL SWASTA JUGA?

Oh, hendak pergi ke hospital swasta juga kerana layanannya memuaskan?

Boleh, dengan syarat mempunyai wang yang cukup untuk membiayai bil perubatan yang semakin tinggi.

Untuk mengumpul wang dan kekayaan, kita boleh berniaga, melabur dalam hartanah, saham atau emas dan lain-lain pelaburan yang ada. Peruntukkan sebahagian untuk kecemasan sekiranya jatuh sakit dan perlu ke hospital swasta.

NAK PAKAI JUGA MEDICAL CARD?

Jemput baca panduan di https://afyan.com/baca-polisi-medical-card-anda-2.html/

Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tentang kes viral medical card takaful tak dapat claim. Beberapa…