fbpx

Panduan Takaful Elak TERKEJUT Kemudian Hari

  • 6 years ago
  • 4Minutes
  • 771Words
  • 442Views

Sempena hari terkejut.

Ada kes TERKEJUT dengan bil hospital.

Ada kes, pelanggan sudah memiliki medical card, pun TERKEJUT apabila bil hospital melebihi kos ditanggung medical card! Kena bayar sendiri.

– Ada kes, pelanggan sudah memiliki 3 POLISI, tapi masih TERKEJUT apabila tidak ada satu pun polisi yang dilanggannya, cover penyakit yang dihidapinya! 3 polisi, beb! 3 polisi! Tapi masih kena bayar sendiri juga!

– Ada juga kes, pelanggan terkejut disebabkan caruman polisi medical card yang dilanggannya naik harga! Walhal masa sign up 3-4 tahun lepas, ejen kata medical card rider tak naik harga macam medical card stand alone.

– Anda pernah mengalami kejutan-kejutan di atas?

Jika belum, masih belum terlambat.

Sangat penting untuk pastikan polisi yang kita langgan, mempunyai coverage yang cukup.

Hibah takaful sahaja, tidak memadai.

Medical card sahaja, belum cukup.

Berikut ialah sedikit panduan tentang pemilihan takaful untuk coverage bil hospital dan penyakit.

TAKAFUL MEDICAL CARD
1. Tengok coverage dari sudut annual limit atau had tahunan. Bukan limit seumur hidup semata-mata. Limit seumur hidup adalah “gimik”, yang penting ialah limit tahunan.

2. Kenapakah penting limit tahunan yang tinggi? Supaya boleh berikan coverage maksima. Sudah banyak kes klien terpaksa bayar sendiri apabila limit tahunan sudah habis digunakan.

3. Berapa limit tahunan yang memadai? RM100,000? RM200,000? RM300,000? Pilih medical card yang TIADA LIMIT TAHUNAN. Ya, ia wujud. Tak sampai RM200 sebulan pun boleh dapat.

4. Detail huraian dan simulasi kenapa perlu medical card TANPA LIMIT TAHUNAN, ada di HTTPS://afyan.com/perbandingan-medical-card-dengan-annual-…/

TAKAFUL PENYAKIT KRTIKAL / CRITICAL ILLNESS

5. Selain itu, jangan lupakan coverage penyakit kritikal. Ada beza antara coverage medical card dengan coverage penyakit kritikal. Medical card untuk cover bil hospital, manakala coverage penyakit kritikal pula adalah untuk menggantikan pendapatan apabila terpaksa berhenti bekerja disebabkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser, strok, jantung dan sebagainya.

6. Contoh, jika pelanggan menghidap kanser, dan memerlukan kos sebanyak RM200,000 dan beliau mempunyai medical card tanpa limit tahunan – maka medical card tadi akan cover bil hospital.

7. Jika sudah terkena kanser dengan kos rawatan setinggi itu, selalunya pesakit sudah tidak mampu bekerja dan tidak ada lagi pendapatan. Maka di sinilah pentingnya coverage penyakit kritikal.

8. Takaful penyakit kritikal juga berfungsi sebagai “income protection” atau “income replacement”, bukan sekadar hibah takaful semata-mata. Hibah takaful hanya berfungsi bagi kes kematian sahaja. Rujuk https://afyan.com/infografik-takaful-penyakit-kritikal.html/

TAKAFUL PENYAKIT KRITIKAL PERINGKAT AWAL / EARLY STAGE CRITICAL ILLNESS

9. Dalam keratan akhbar ketiga di atas, pelanggan sudah memiliki 3 polisi, tapi tidak ada coverage! Penyakit yang dihidapinya ialah kanser peringkat “karsinoma in-situ”. Ia adalah kanser di peringkat awal.

10. Kebanyakan polisi medical card dan coverage penyakit kritikal, sememangnya tak cover penyakit daripada peringkat awal atau early stage. Jika ada, ia perlukan bayaran tambahan yang tinggi. Jadi ia jarang-jarang dilanggan.

11. Apa pun, ada berita baik, ada produk takaful yang menawarkan coverage penyakit kritikal peringkat awal hanya dengan sumbangan RM100 untuk coverage RM100,000 penyakit kritikal peringkat awal. Rujuk https://afyan.com/takaful-kad-perubatan-medical-card-vs-ta…/

REVIEW POLISI TAKAFUL ANDA

12. Secara umumnya, tiada polisi terbaik. Polisi terbaik ialah polisi yang dibayar carumannya. Yang penting kita sebagai pelanggan, perlu faham coverage setiap polisi yang kita langgani.

13. Kita beli kereta, beberapa bulan sekali kita hantar servis. Beberapa tahun sekali kita tukar kereta baru. Kita beli handphone, beberapa tahun sekali kita akan upgrade. Maka begitu juga dengan polisi takaful. Kita perlu “servis” dan “upgrade”.

14. Sebaiknya, kita review polisi setahun sekali supaya kita tahu apa yang kita cover dan apa yang tak cover. Dan 3-4 tahun sekali pula kita upgrade polisi supaya ia seiring dengan kedudukan kewangan semasa kita.

15. Kami di INFAQ Consultancy menyediakan perunding-perunding terlatih untuk membantu anda review polisi takaful.
Supaya anda tidak TERKEJUT di kemudian hari 

Berminat? Isi borang di bawah.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sepanjang karier saya dalam bidang kewangan sebagai perunding kewangan sepenuh…