fbpx

Catat Perbelanjaan Yang Dibuat

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 194Words
  • 370Views

Tulisan dari FB Tn Muhammad Ridhuan Abdul Malik sarankan kita untuk mencatat perbelanjaan yang dibuat.

Dapat gaji, kemudian pergi ATM keluarkan duit. Gaji RM2000 keluarkan RM500.

Selang beberapa hari kemudian, tahu-tahu dalam dompet duit habis.

Kita pun tertanya..

“Mana duit aku pergi?”

“Aku beli apa eh dengan duit aku?”

“Ah sudah habis dah duit aku..”

Macam-macam soalan yang bermain dalam kepala, tiada pun jawapan yang kita dapat.

Duit RM500 dalam dompet, ‘hilang’ tak tahu ke mana selepas beberapa hari kita keluarkan dari ATM.

Perkara ini biasa berlaku, tetapi tahukah kita boleh ubah?

Ubah dengan mencatat, sekarang di smartphone macam-macam Apps Pengurusan Kewangan yang ada.

Bila kita mula mencatat, insyaallah kita mula tahu mana duit kita pergi, dan kita akan lebih ‘berkuasa’ ke atas dompet kita.

Sangat dianjurkan untuk bajet dan perancangan siap-siap, dapat gaji apa nak dibuat. Bukan semberono keluar duit dan akhirnya duit tidak tahu hilang ke mana.

Seperti kata M Nasir dalam lagu Mantera Beradu..

“Gagal merancang, merancang kegagalan..”

Rancanglah, bajetlah, supaya hidup kita lebih terkawal dan kita berkuasa.

Sebelum kita dikuasai oleh Scammer yang kononnya nak bantu orang Melayu jadi kaya.

Ridhuan Malik
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Antara peluang baru dalam industri kewangan, ialah sebagai Marketing Representative…