fbpx

Catatan Kembara | Harimau Kehilangan Kuku

  • 11 years ago
  • 2Minutes
  • 287Words
  • 410Views

image

image

Kembara negara gajah putih | Harimau yang kehilangan kuku.

Gambar ini diambil ketika menyaksikan Tiger Show di Sriracha Tiger Zoo, Thailand.

Harimau-harimau ini begitu jinak sekali kerana sudah sekian lama dilatih. Mereka akan akur apa sahaja arahan yang diberikan oleh tuan mereka, seorang manusia.

Harimau asalnya adalah seekor haiwan yang ganas, setanding raja rimba, singa. Namum selepas dilatih dan dibela sekian lama, ia menjadi jinak kepada manusia. Ia menjadi jinak seperti kucing.

image

Begitu juga umat Islam hari ini, umpama harimau yang telah kehilangan kukunya.

Suatu ketika dahulu Islam menguasai dua per tiga dunia tapi hari ini menjadi hamba kepada dunia barat yang dikuasai Zionis.

Selepas kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyah pada 1924, sedar tidak sedar sudah hampir 100 tahun umat Islam dikurung oleh kuasa barat.

Selama dalam kurungan itu, bagaikan harimau tadi, umat Islam dibela dan dilatih untuk menerima apa sahaja yang datang dari Barat. Bermula dari cara makan dengan tangan kiri, cara berpakaian yang mendedahkan aurat, bahasa Barat menjadi bahasa rasmi negara, undang-undang Barat mengatasi syariah Islam dan akhir sekali cara hidup Barat diterima sebagai cara hidup umat Islam.

Daripada asalnya umat Islam umpama harimau bertaring dan berkuku yang lengkap dari segala aspek kehidupan, dipatahkan kuku dan taringnya sehingga patuh kepada tuan baru, Barat.

Bak sabda junjungan besar kita, Nabi Muhammad ;

“Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.”

Sahabat bertanya:

“Siapakah mereka wahai Rasulullah?”

Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:

“Yahudi dan Nasrani, siapa lagi.”

(Hadith direkod oleh Imam Muslim)

Wallahua’lam.

Afyan Mat Rawi,
Sriracha, Pattaya, Thailand.
27 September 2013.

(Impian kecilku, melihat harimau ini kembali bertaring dan berkuku untuk menguasai kembali jajahan takluknya)

Baca juga catatan sebelum ini; http://rahsiatakaful.com/v1/kembara-china-antara-bamboo-network-dan-ukhuwah-islam.html

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika hari ini kos untuk belajar di universiti tempatan berjumlah…