Rezeki Disebalik PKP

Dipetik dari FB Nurul Atiqah Salim

Sewaktu awal PKP dimaklumkan pada pertengahan Mac yang lalu, terus saya suarakan pada suami, “Macam mana bang sewa rumah kita? Kita bagi diskaun nak?”

“Biar dulu, tengok dulu depa nak cakap macam mana.”

Dah masuk April barulah K.Wan call aku maklumkan dia dan suami tak dapat gaji dah sepanjang PKP so dia tanya macam mana pasal sewa rumah tapi aku tak terus bagi jawapan sebab nak bincang dengan suami dulu.

Malam tu, suami panggil aku duk dekat dia dan genggam tangan aku sambil cakap “Dengar abang nak cakap ni, kita bagi ja depa duk, minta depa jaga rumah elok-elok dan bayar bil elektrik dan air sahaja. Setuju?”

Lama aku berfikir untuk bagi jawapan sebab aku tak jangka takmau ambik langsung sewa, sebelum ni cuma fikir nak bagi diskaun.

Suami nampak aku macam berbelah bahagi nak jawab so dia tambah lagi “InsyaAllah kita cukup je makan pakai semua, Allah dah mudahkan banyak benda untuk kita sampai masa kita pula mudahkan orang. InsyaAllah ada rezeki lain untuk kita. Yakin je. Lagipun depa tu baik dengan kita, tak pernah berkira langsung apa-apa rosak tak pernah minta claim, jaga rumah pun elok, tiap kali kita p pun rai masak macam-macam.”

Terasa genggaman suami makin kuat mengalirkan rasa ketenangan dalam hati dan akhirnya pelan-pelan aku angguk tanda setuju.

Alhamdulillah siapa sangka selepas tu pelanggan Maad Popia meningkat hampir 100 orang dalam masa sebulan sahaja sepanjang PKP sampai kami tak perlu iklan tiap-tiap hari macam dulu dah sebab pelanggan sedia ada duk repeat alhamdulillah.

“Sebab kita tak ambik sewa, Allah lorongkan rezeki dengan cara ni pula ye bang.” Sambil menguntum senyum aku suarakan pada suami.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!

p/s:
Sepanjang PKP tu juga lebih 10 orang tanya pasal rumah tu tapi semua aku jawab kata dah ada orang sewa. Tergugat jugak pendirian waktu tu. Huhu tapi cepat-cepat set ni ujian dari Allah je nak tengok aku betul-betul teguh dengan keputusan awal atau tak. 😅

p/ss:
Begitulah kisahnya. Agak-agak macam mana aku boleh bayar rumah macam biasa tanpa ambik moratorium dan bayaran sewa?

Nak tau?

Klik sini eSeminarBMW

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com