Bolehkah Batalkan MRTT Dan Tukar Kepada MLTT?

Image result for mltt

Akhir-akhir ini banyak betul saya terima soalan sebegini:

“Tuan Afyan, saya sudah ambil MRTT ketika mula-mula beli rumah dahulu. Selepas membaca tulisan-tulisan Tuan saya mendapati bahawa MRTT saya tak cukup untuk cover baki hutang rumah dengan bank.

Jadi, bolehkah saya batalkan untuk tukar kepada MLTT?”

Ini jawapan saya:

1. Ya, boleh tukar dan batalkan. Kerajaan pun boleh tukar. Perlembagaan pun boleh tukar. Apalah sangat setakat MRTT. Quran dan hadith sahaja yang kita tak boleh batalkan atau tukar.

2. Namun ia ada pro dan kontra. Ia bukan semudah itu untuk tukar. Jadi perlu berhati-hati dan buat pertimbangan sewajarnya. Macam tukar kerajaan la, ada pro dan kontra. Ada “harga“ yang perlu dibayar.

3. Untuk batalkan MRTT, boleh mohon pembatalan dengan kompeni takaful, tanpa melalui bank. Sebab kontrak MRTT adalah dengan kompeni takaful, dan bukan dengan bank.

4. Bergantung kepada kontrak, jika kita batalkan MRTT, kompeni takaful akan refund secara pro-rate tempoh yang berbaki. Kebanyakan polisi MRTT, memang ada refund tersebut. Jika MRTA (konvensional), selalunya tiada. Ada juga yang ada.

5. Jika hendak batalkan MRTT untuk gantikan MLTT, PASTIKAN sign up dahulu MLTT dan selepas tamat tempoh menunggu (selalunya 30, 60, 90 atau 120 hari – rujuk polisi), barulah batalkan MRTT. Jangan sekali-kali batalkan MRTT dahulu baru apply MLTT. Jika tidak, ia berisiko hutang rumah tanpa coverage atau risiko MLTT ditolak.

6. PENTING: Sekalipun batalkan MRTT, tidak mengurangkan ansuran bulanan bank. Ketika kita mula-mula beli rumah melalui pembiayaan bank dan masukkan MRTT ke dalam ansuran bank, polisi tersebut sudah dibayar oleh bank kepada kompeni takaful. Jadi kita tetap berhutang dengan bank sekalipun kita sudah batalkan MRTT kerana ia sudah pun dibayar oleh bank dari awal.

7. Sebaiknya, sekiranya sudah ada MRTT tak perlu batalkan. Hanya tambah sahaja dengan MLTT sebagai back up. Tak perlu tambah dengan full coverage, separuh pun sudah memadai sebagai back up. Polisi MRTT boleh diteruskan sebagaimana biasa.

8. Dalam sesetengah situasi, dalam LO memang sudah dinyatakan keperluan dan persetujuan pelanggan untuk sign up MRTT dalam kontrak pembiayaan perumahan. Jadi mungkin panduan-panduan di atas kurang praktikal.

Rakan-rakan REN atau banker yang mempunyai pengalaman, digalakkan berikan teguran jika ada kesilapan dalam tulisan di atas. Saya tulis berdasarkan teori dan pengalaman sebagai konsultan takaful. Kalian boleh kongsikan realiti dan praktikal.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com