Tadi saya dihubungi wartawan sebuah stesen TV untuk memberi pandangan tentang keperluan mendaoatkan perlindungan rumah dan kereta untuk kes kebakaran. Ya, memang ada keperluan untuk pemilik rumah dan kenderaan melanggan takaful tambahan yang memberi perlindungan bagi kes kebakaran seumpama itu. Jika rumah, tidak cukup hanya cover dengan MRTT atau MLTT. Manakala untuk kenderaan pula, tidak
Memang sayu melihat video penguatkuasa DBKL menggempur peniaga belon itu. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, mereka hanya mahu mencari sesuap nasi, tetapi dilayan seperti penjenayah besar. Luka di hati umat Islam akibat insiden kuil haram di Jalan Masjid India masih basah berdarah, tiba-tiba muncul pula insiden ini. Rakyat melihatnya bukan sekadar tindakan penguatkuasaan biasa, tetapi
Jujurnya, saya setuju bahawa proses negosiasi jauh lebih baik berbanding dibawa ke mahkamah yang akan membawa lebih banyak konflik dan perseteruan yang memungkinkan permusuhan antara kaum. Orang yang pernah naik turun mahkamah pasti setuju dengan kenyataan ini. Jika dibawa ke mahkamah, tidak mustahil yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu. Sebab itulah apabila
Posting ini memang ditujukan keada tahis politik yang suka menempel di FB saya. Tidak kira yang lama bertapak atau yang baru muncul sehari dua. Salam ukhuwah, salam persahabatan daripada saya Afyan Mat Rawi, seorang perunding kewangan yang dah menulis banyak buku kewangan. Sekarang ada promosi produk best seller Akademi Bijak Merancang Wang #AkademiBMW Klik Akademibmw.com
Saya hairan kenapa marah sangat dengan Ustazah Asma? McDonald’s Malaysia milik orang Islam. Malah tak ada pun mana-mana ilmuwan, agamawan, mufti yang menyeru boikot McDonald’s. Jika ada yang nak boikot, silakan. Dan jika ada yang taknak boikot pun, silakan. Yang jadi masalah ialah kedua-dua geng ini saling hentam-menghentam antara satu sama lain. Tak boikot, tak
Alhamdulillah, semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Apabila berlaku isu ini, ada banyak hikmahnya. Antaranya: – Selama ini, banyak rumah ibadah termasuk surau dibina tanpa mengikut prosedur yang betul, dan ada yang telah dirobohkan tanpa mendapat perhatian umum. – Rupa-rupanya terdapat banyak kuil yang dibina secara haram sejak zaman berzaman, menunjukkan perlunya pemantauan
Kecoh isu kuil haram di tanah milik Jakel. Jom kita kenali lebih lanjut syarikat yang dah bertapak sejak tahun 80-an lagi ini. • Jakel ditubuhkan oleh Allahyarham Mohamed Jakel bin Ahmad pada Januari 1983 di Muar, Johor, sebagai sebuah kedai kecil yang menjual kain. • Pada tahun 1992, syarikat ini berpindah ke Segamat dan mula
Hospital kerajaan, murah tapi lambaaaaaaat. Hospital swasta, laju tapi mahal la pula. Dan kadang lambat juga, tapi lebih selesa berbanding hospital swasta. Medical card? Asyik repricing, selalu viral GL kena reject. Program crowd sharing? Murah dan lebih jimat berbanding medical card. Tapi tiada kawal selia BNM sebagiaman takaful. Jaga kesihatan? Belum tentu tak kena penyakit.
Kedai runcit 99 Speedmart pun milik orang bukan Islam, lebih awal daripada KK Mart kalau tak silap saya. Tapi tidak pernah lagi berlaku insiden yang menyetuh sesitiviti umat Islam secara keseluruhan seumpama ini. Kalau sekali mungkin tidak sengaja dan boleh dipertimbangkan untuk dimaafkan. Tapi kalau dah 2 kali dalam masa kurang setahun, tentu ada samting
Saya bukanlah peminat burger McD. Kalau ikut selera saya, burger tepi jalan jauh lebih sedap. Lagi-lagi burger oblong yang mirip Property Burger McDonald’s. Hehe. Dulu sebelum kempen boikot hujung tahun 2023, kalau makan pun jarang-jarang. Mungkin hanya dua hingga tiga bulan sekali. Itu pun sebab anak-anak ajak. Sepanjang tahun 2024, memang saya tidak pernah singgah.