Shoppe pun dah perkenalkan produk pembiayaan patuh syariah! Bila pula bangsa anti bank Islam nak sediakan produk pembiayaan patuh syariah versi mereka sendiri? Calon penasihat syariah pun dah ada. Nampak dia macam bijak kritik model tawarruq di Malaysia. Jadi, bolehlah lantik dia sebagai penasihat syariah untuk menyediakan model tawarruq yg dikatakan benar-benar patuh syariah. Kumpulkan
Antara tohmahan yang biasa diberikan oleh bangsa anti bank Islam kepada perbankan Islam ialah; 1. Riba haram disebabkan menindas. Jadi, perbankan Islam pun haram sebab menindas apabila mengenakan harga yang tinggi kepada pelanggan. 2. Perbankan Islam membawa mudarat sebagaimana perbankan konvensional seperti bankrap, rumah tangga hancur dan sebagainya. Jadi, ia haram. Meh kita bincangkan satu
Antara tuduhan yang dilemparkan kepada perbankan Islam ialah ia mahal dan mahal itu riba. Ia menindas. Kata mereka, jika Islamik patutnya murah. Jika mahal jadi riba. Contohnya macam ini. Katanya; “Kalau pinjaman islamik memang sepatutnya tanpa riba.. ada ke pinjaman islamik tanpa riba???? Memang tujuan tanpa riba tu murah la, tujuan tanpa riba supaya tiada
Sedang berlangsung Muzakarah KLIFF Kuala Lumpur Islamic Finance. Muzakarah seumpama ini diadakan hampir setiap tahun dan menghimpunkan para ilmuan dan cendekiawan dalam bidang fiqh dari seluruh dunia Islam. Ia menjadi medan penting untuk membincangkan isu baharu yg timbul dlm industri kewangan Islam. Ia bukan sekadar wacana teori yg kosong tanpa tindakan. Para ilmuan yg hadir
Ini antara hujah yang selalu diulang oleh bangsa anti bank Islam untuk menghalalkan pilihan ke perbankan konvensional atas alasan darurat. Mereka sampai sanggup gunakan analogi rumah peIacuran. Satu rumah peIacuran mengaku terang-terang mereka buat maksiat, manakala satu lagi kononnya letak papan tanda kepada “nikah sementara”, padahal sama haram. Lalu perbankan Islam diibaratkan seperti rumah kedua
AL-IJTIHAD, AL-IKHTILAF & AL-IFTA Dua tiga hari ini saya berguru dengan Prof Dr Younes Soulhi, topik di atas. Tokoh muamalat dari Algeria yang berpengalaman puluhan tahun. Lama betul dah tak belajar dalam kelas dengan lecturer foreigner macam ni. Kali terakhir, masa dekat UIA kira-kira 23 tahun lepas. Haha! English saya broken. Jadi tak banyak saya
Berdasarkan cara komen, saya yakin beliau bukanlah budak jahat. Tidak seperti tipikal geng-geng forex yang biasa hentam keromo di FB saya. Cuma mungkin dia tersalah arah hinggakan boleh tertukar yang halal dan yang haram. Semoga beliau diberikan hidayah. Dalamp posting asal, saya nyatakan daripada jadi forex trader lebih baik jadi ejen takaful dan saudara kíta
Kan saya dah kata? Saya dari masa depan. Hahahah! Sebelum Tabung Haji umumkan, saya dah update posting: “Agihan keuntungan Tabung Haji 2024 yang akan diumumkan lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelum.Saya dari masa depan 😌” Alhamdulillah, Tabung Haji baru sahaja umumkan agihan keuntungan untuk tahun 2024 iaitu 3.25%. Paling tinggi dalam tujuh tahun! Memang satu pencapaian
Tempoh hari saya kongsikan yang saya ingin menjual voucher umrah yang bernilai 7k dengan harga 6k sahaja. Ada diskaun bernilai 1k. Satu jumlah yang cukup lumayan. Tiba-tiba ada seseorang mesej saya menyatakan minat, tapi dikhuatiri ia adalah riba. Saya terkejut. Jika benar riba, maka saya akan batalkan serta-merta tawaran tersebut. Lalu saya lakukan sedikit search
Difahamkan, kira-kira 70% umat Islam yang mencarum KWSP masih belum berhijrah kepada akaun patuh syariah. “Kenapa KWSP tidak jadikan polisi kepada semua pencarum 100% patuh syariah atau sekurang-kurangnya untuk umat Islam ia wajib patuh syariah?” Al-Jawab: Sebab di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, memang ada jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5%. Ia membawa