Tadi terjumpa satu posting yang bertanya; “Pelik kan! Kenapa kereta harga RM260,000 boleh ikat loan 9 tahun tapi rumah harga sama kadang kena loan sampai 35 tahun “ Sebenarnya tak perlu pelik pun. Siapa kata tak boleh? Nak buat hutanh rumah 5 tahun pun boleh. Nak bayar lump sum esok pagi pun boleh. Bukan masalah
Mungkin pandangan saya ini tidak popular dan tidak disenangi oleh segelintir rakan dalam industri kewangan, terutama takaful dan unit trust. Dalam industri kewangan, gaya hidup mewah memang mudah menarik perhatian. Namun di sebalik kilauan itu, ada garis halus antara meraikan pencapaian dan mempamerkan kemewahan untuk tujuan tertentu. Apabila kemewahan dijadikan umpan rekrutmen, di situlah timbul
Keluhan saudara kita ini ada benarnya. Isu pusaka memang selalu jadi rumit apabila berlaku kematian dalam keluarga. Waris terpaksa mencari sendiri apa aset si mati, semak bank, semak eGUMIS, pergi Pusaka Kecil, pergi JUPEN dan macam-macam tempat. Sepatutnya, selepas sijil kematian dikeluarkan, semua aset boleh disatukan dan waris hanya perlu mohon di satu tempat. Malangnya,
Subhanallah! Best nya hidup kalau dapat macam ni 1. Bank bagi hutang tanpa keuntungan langsung. Peduli apa pasal kos bank, kami pelanggan bukan peduli. Tapi bank tolong la peduli nasib kami sebagai pelanggan. Kami ada masalah kewangan, jadi kami nak pinjam 100,000 dan bayar balik 100,000. Kalau tak payah bayar balik lagi bagus. Barulah Islamik.
Elok jangan buang masa lawan atas alasan kononnya berlaku illegal dismissal. Institusi kewangan dan bank ni memang mempunyai code of conduct yang ketat. Malah kalau di level lebih tinggi, jika ada bukti penglibatan dgn jawatan dalam parti politik pun boleh kena dismis sertai merta tanpa budi bicara dah. Dr Asyraf Wajdi pernah berkongsi, ketika di
Tempoh hari ada wartawan tanya berkenaan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) nak wajibkan modul kewangan untuk mereka yang nak ambil pembiayaan peribadi melebihi RM100,000 bermula tahun 2027. Saya jawab, secara peribadi saya memang sangat sokong 100%. Lagi bagus ia untuk semua pelanggan yang buat hutang bank. Fakta yang pahit untuk ditelan, berdasarkan statistik-statistik yang ada,
Saya baru selesai mentelaah dokumen dasar (policy document) Bank Negara Malaysia (BNM) yang terbaru bertarikh 30 September 2025 berhubung pembiayaan peribadi. Berikut ada beberapa intipati. Kalau malas baca boleh skrol dan rujuk summary 4 point penting 1. Dasar ini mahu elakkan orang ramai terbeban hutang dan galakkan pembiayaan yang berhemah. 2. Ia terpakai kepada bank,
Beli hartanah tak salah. Tapi orang beli hartanah yang salah. Tersalah berhutang personal financing, merana 3 ke 5 tahun. Tersalah beli kereta, merana 7 ke 9 tahun. Sekali tersalah beli rumah, merana 20 ke 30 tahun! Ramai orang teruja hendak beli rumah sebab dianggap sebagai aset dan lambang kejayaan hidup. Tapi hakikatnya, rumah yang dibeli
Kelmarin kecoh satu laporan yang menyebut bahawa Kelantan dan Sabah mencatat kadar celik kewangan paling rendah di Malaysia. Laporan itu berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP. Dalam laporan yang sama, disebut pula bahawa rakyat Kuala Lumpur mempunyai tahap literasi kewangan paling tinggi. Sebenarnya tidak perlu kita terkejut atau melatah dengan berita ini. Saya tidak
Best tak hidup macam ni? Ini adalah perkongsian oleh seorang wanita bernama Intan Syazlin. Dulu bawa Mercedes-Benz, duduk kondominium Damansara Perdana, tapi setiap bulan terpaksa ikat perut bayar komitmen. Pinjaman kereta RM1,800, minyak dan servis pula mencecah RM500 sebulan. Bila jual kereta, masih tanggung lagi baki hutang RM25,000. Nasib baik suami tolong cover RM10,000, selebihnya