fbpx

Category: Ramadhan

Muhasabah Ramadhan 4

“Alhamdulillah, dah dekat 2 minggu Ramadhan” “Alhamdulillah” “Eh, kau dah berapa juz Quran?” “Alhamdulillah 10 juz. Satu hari satu juz” “Bagus” “Eh, kau berapa juz dah?” “Aku? Paling kurang 2-3 juz sehari” “Wah, maknanya dah nak khatam la? Alhamdulillah!” “Errr… Aku gilir-gilir” “Maksud kau?” “Juz tembikai, juz epal, juz anggur, juz oren, juz mangga” “Astaghfirullah!”

Tragedi Bapa Tinggal

Tragedi seorang bapa tinggal. Bangun tidur, dengar bunyi azan. Tengok telefon ada 11 misscall dari isteri di kampung. Rupa-rupanya setting silent. Entah kenapa jam loceng yg berbunyi nyaring pun tak perasan pagi ini. Selalu dia yg tolong “kejut” dari jauh. (Nota: Isteri saya sedang berpantang di kampung)   Kombinasi bunyi loceng jam dan deringan telefon

Memenuhi Jadual Ramadhan

Menjelang bulan Ramadhan, saya lihat beberapa Uataz sedang sibuk memenuhkan jadual mereka untuk mengimarahkan masjid-masjid dan surau bagi mengisi slot solat tarawih dan tazkirah. Jadi, saya pun ingin membuka mana-mana pihak yang sudi untuk memanggil saya memenuhi jemputan sepanjang bulan Ramadhan. Boleh PM saya tarikh dan lokasi. Saya utamakan sekitar Gombak dan Lembah Klang sahaja.