Bab mahal murah tu, saya taknak ulas panjang. Memang nampak mahal tu. Tapi model bisnes sebegini, kena perbaiki supaya tidak timbul isu gharar. Gharar bermaksud uncertain atau ketidaktentuan. Susah juga nak terjemahan paling tepat perkataan Arab tersebut. Sama juga macam kita ambil nasi campur lauk pauk, lepas makan baru beritahu staf restoran untuk kira harga.
Dalam banyak-banyak denda ni, ada satu denda yang paling sadis pernah saya saksikan tapi tak ada dalam senarai ini. Sampai sekarang pun masih segar dalam ingatan. Kisahnya begini. Waktu itu saya bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Mahmud (SMTM), Besut. Cikgu disiplin ialah Cikgu Hatta. Memang garang orangnya. Pelajar-pelajar nakal memang anti dengan beliau. Siapa yang
Muhasabah untuk kita semua. TREND MEMPERMAINKAN ISTILAH AGAMA Rasanya dah lama trend dalam kalangan netizen yang suka buat ‘lawak’ dengan sengaja tukar istilah agama, contohnya: – Neraka = Melaka – Syirik = Syikin – Zikir = Sihir Segelintir pihak mungkin nampak lucu. Tapi sebenarnya ini ada kesan. Antaranya ia buat orang hilang rasa hormat pada
Saya terbaca satu artikel dari website BBC. Kajian yang diterbitkan dalam Lancet Public Health mendapati berjalan 7,000 langkah sehari cukup untuk meningkatkan kesihatan otak dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti kanser, demensia, penyakit jantung, dan kemurungan. Sasaran ini dianggap lebih realistik berbanding 10,000 langkah sehari yang popular, tetapi sebenarnya berasal daripada kempen pemasaran pedometer di
Alhamdulillah, selesai satu perkara. Apa yang berlaku adalah salah faham. Saya akui tulisan saya itu menimbulkan salah faham, justeru saya mohon maaf atas kekeliruan tersebut. Tapi dalam masa harus bertindak adil untuk menuduh, memfitnah perkara yang tidak saya lakukan. Malah saya tidak pernah membuat sebarang spekulasi tentang kes arwah Zara, tidak pernah menuduh sesiapa, dan
Tidak kira apa sahaja pengumuman nanti, pastinya yang sebelum ini menyokong akan terus menyokong, yang membenci akan terus membenci Hanya segelintir sahaja yang betul-betul-betul bersikap objektif dengan pengumuman yang bakal diumumkan. Yang menyokong akan memuji dan menjilat segala pengumuman yang dibuat. Kemudian yang tak menyokong akan perlekehkan dan menghentam pengumuman yang dibuat. Ia dibalas oleh
Ramai menonton Squid Game Season 3 dengan macam-macam teori. Tapi semua salah, termasuk teori saya ini Ada pelbagai teori dan jangkaan penonton; Gi-hun akan menang. Front Man akan tewas. Permainan akan dihentikan. Detektif akan tangkap semua orang jahat. Watak kegemaran? Selamat dan balik peluk anak. Tapi satu pun tak jadi. Pengarah macam sengaja patahkan semua
Tadi masa brisk walk, ada anjing menyalak dari belakang. Lepas saya pusing dan mengadap, terus lari. Begitulah juga di media sosial ini. Ada sesetengah yang suka mengata dan mengumpat belakang-belakang. Tapi apabila datang respon atau ajak komen depan-depan, tak berani pula reply. Tapi begitulah. Pegang kemas-kemas prinsip ini: Jika ada orang sedang mengata kita di belakang,
Sekarang ini macam satu trend pula, lepas SPM terus tayang keputusan teruk sambil buat ayat motivasi. Siap buat kapsyen panjang lebar macam baru menang anugerah Tokoh Negara. Katanya SPM bukan segala-galanya, hidup mesti move on, jangan sedih kalau result teruk. Ya betul, SPM bukan penentu hidup mati seseorang, tapi itu bukan tiket untuk berbangga-bangga dengan
1. Tun Abdullah Ahmad Badawi dikenali dengan nama gelaran “Pak Lah”, satu panggilan mesra yang digunakan oleh rakyat Malaysia sebagai tanda hormat dan keakraban. 2. Beliau merupakan cucu kepada Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulama terkenal yang juga tokoh penting dalam penentuan tarikh kemerdekaan Malaysia. 3. Pak Lah pernah menjadi pelajar di Universiti Malaya dan memperoleh