Cerita Dongeng ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang Hantar 5 Surat Saman
Antara cerita dongeng yang dihebahkan oleh geng ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang ialah mereka sudah hantar 5 surat dari peguam mereka, (difahamkan nama peguam itu Hisham Nazir) sejak awal tahun.
Menurut cerita dongeng itu juga, saya menyorokkan surat-surat tersebut dan tak reply sebab takut.
Dan disebabkan takut, kononnya lagi saya tidak lagi menulis posting-posting tentang mereka sejak detik itu.
Hahahaha!
Sebenarnya cerita dongeng ini disebarkan kepada ahli / downline / pelabur mereka untuk meredakan kemarahan ahli bawah selepas pembongkaran demi pembongkaran yang saya lakukan sejak tahun 2014.
Dan ia juga sebagai justifikasi pihak syarikat kononnya sudah mengambil tindakan ke atas saya.
Untuk makluman, perihal ARBA CWC Pak Belalang ini sudah saya bukukan dalam Tersontot Di Pintu Shorga sebagai salah satu skim sontot sejak April 2017.
Dan selepas itu saya malas nak layan sangat scam-scam yg ada. Cukuplah buku itu sebagai jawapan utk mengetahui trik dan helah syarikat sontot.
Buku itu sedang dlm promosi RM1 bagi setiap belian ebook Bijak Merancang Wang, melalui link https://infaq.antr.co/rm1-tersontotdipintushorga
Jadi suka saya tegaskan di sini kepada CEO CWC / Kopi Pak Belalang / ARBA Encik Rozaini dan peguamnya;
“KEBENARAN, TAK PERNAH TAKUT!”
(Baca dengan nada Papazola dan komen LAWAN TETAP LAWAN sebagai tanda sokongan).
ROZAINI,
SAYA CABAR, HERET SAYA KE MAHKAMAH!
Afyan Mat Rawi, IFP
Bekas Presiden Anti Sontot se-Malaysia
Penulis buku Tersontot Di Pintu Shorga
P/S: Skim ini adalah skim yg terakhir saya nak lawan habis-habisan. Jangan lagi tanya saya skim-skim lain. Semua saya dah jawab dalam buku TERSONTOT DI PINTU SHORGA. Minta beli buku, malas. Semua nak free. Sebelum ada buku, minta saya tulis buku. Dah ada buku, tak beli pula. Sampai berhabuk buku tu dalam stor tak ramai nak beli.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran