Che Nom undur diri dari dunia influencer marketing
Saya tak kenal sangat Che Nom sebelum ini. Mungkin sebab bidang beliau ialah bidang masakan yang saya jarang jengah.
Selalunya kalau bab masak-memasak, nama yang muncul depan mata saya ialah Khairul Aming (siapa tak kenal kan?), Che Sayang (sebab dia menang anugerah TikTok ke apa tahun lepas) dan Haze Huzir yang selalu muncul dengan gaya masak orang malas, kadang-kadang pula bersama Papayen.

Nama Che Nom ni mula saya perasan selepas kecoh kisah anak saudaranya yang buat aduan ke pejabat buruh. Dari situ baru saya selidik dan rupanya beliau bukan calang-calang orang dalam dunia content creator masakan!
Dan tadi lebih mengejutkan, tadi beliau membuat pengumuman untuk undur diri dari bidang influencer marketing.
– Lebih 10 tahun konsisten dalam dunia content creator dengan 2.34 juta subscribers dan 416 juta tontonan di YouTube.
– Bermula dari kongsi resepi di rumah sehingga menjadi jenama yang bantu ramai orang belajar memasak dan jana pendapatan melalui bisnes kecil-kecilan.
– Tadi beliau buat pengumuman mengejut, mahu perlahan-lahan undur diri daripada YouTube dan berhenti terus daripada influencer marketing.
– Beliau berkongsi realiti dunia influencer: persaingan sengit, ‘price war’, tekanan klien, isu etika dengan jenama besar dan algoritma yang tidak menentu.
– Pesan Che Nom kepada generasi baru bahawa dunia influencer bukan jalan pintas untuk kaya tetapi perlukan sistem, disiplin, branding dan masa yang panjang.
– Katanya, beliau pilih untuk fokus pada keluarga, kesihatan dan kehidupan yang lebih tenang kerana angka, views dan kemasyhuran bukan lagi keutamaan.
– Nasihat beliau, bahawa nilai seorang content creator bukan pada viral atau populariti semata tetapi pada prinsip, hati dan kesan yang ditinggalkan.
– Akhir sekali beliau berterima kasih kepada penonton dan berharap fasa baharunya memberi makna lebih besar dalam hidupnya.
Tabik!
Afyan Mat Rawi
Pandai masak telur goreng
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran