fbpx

Cukai Boleh Dijimatkan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 260Words
  • 447Views

Tahukah anda cukai boleh dijimatkan sehinggal 50% ke 70%??!!!

Dan ia adalah sah di sisi undang-undang!

Kebanyakan rakan & pelanggan yang saya jumpa, buat potongan cukai berjadual setiap bulan terlepas pandang 3 perkara penting di bawah.

Ia dapat mengurangkan jumlah cukai secara sah di sisi undang-undang.

3 perkara itu ialah 3R berikut;

1. RELIEF
– Relief merujuk kepada pelepasan cukai, berbeza dengan pengecualian atau rebat cukai. Ia disediakan khas untuk individu.

– Kita perlu mengetahui dan memahami setiap pelepasan cukai supaya kita hanya membayar jumlah cukai yang sepatutnya sahaja.

– Setiap tahun kerajaan akan umumkan insentif-insentif tertentu untuk tujuan ini.

2. REBATE
– Rebat merujuk kepada amaun yang memberi kesan langsung ke atas amaun cukai. Ia beri kesan paling besar ke atas amaum cukai.

– Rebat cukai pula terbahagi kepada dua iaitu rebat diri dan rebat zakat.

– Rebat zakat memberi kesan besar kepada pembayaran cukai kerana ia mengurangkan amaun baki cukai yang perlu dibayar.

– Ramai yang tak tahu, zakat fitrah pun boleh digunakan untuk tujuan rebat cukai.

3. REVIEW :
– “Tax Review”; Ini paling ramai yang tak buat.

– Cara paling mudah ialah dengan cara membuat kiraan semula cukai yang anda buat, dan akan kesan bahagian yang boleh ditambah atau dikurangkan.

– Ia bagi memastikan untuk memberi kesan yang baik pada tahun-tahun mendatang.

 

Mudahkan?

Sebenarnya dengan 3 kaedah di atas, kita boleh kurangkan sehingga 50% ke 70% pembayaran cukai! Malah mungkin juga 90%.

RM8,550 cukai yang perlu dibayar boleh dikurangkan sehingga RM2,000 ke RM4,000 sahaja!

Bayangkan, berapa banyak yang kita dapat jimat?

Nak belajar lagi ilmu urus cukai? Klik di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq 5 TIPS SEBELUM BELI RUMAH…