Dapatkan 100GB Simkad Unifi Percuma
Alhamdulillah, baru terima 5 keping simkad Unifi.
Setiap satu ada 20gb.
Yg penting PERCUMA. Boleh dapat maksima 5 kad sim.
Total jadi 100 gb, boleh pakai sampai lebam.
Kalau berpakat dengan pasangan, boleh dapat 200 gb PERCUMA!!!
Promosi oleh TM ini dalam tempoh masa terhad. Dan hanya ada 1 Juta simkad sahaja untuk dilepaskan.
Difahamkan ia tiada tarikh luput.
Jadi apa yang saya plan ialah pakai buang sahaja simkad ini. Pakai 1 sampai habis kemudian ganti dgn yang baru.
Siapa kata ekonomi Malaysia teruk? Tengok ni, ada lagi benda free di Malaysia.
Maka bercukurlah ya
Nak? Ikuti step di bawah.
Jangan lupa follow FB Afyan Mat Rawi utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan yang menarik.
[UPDATE selepas beberapa hari posting ini: Jika tidak mahu pakai selepas habis digunakan, perlu pulangkan balik rupanya. Jika tidak, boleh didenda. Baru tau…..]1. Mula-mula cari aplikasi mobile@Unifi ini dalam Apple Stor atau Google Play telefon bimbit. Kemudian install.
2. Kemudian buka aplikasi tersebut dan klik “I WANT TO GET A SIM”
3. Kemudian boleh isikan maklumat yg diminta.
4. Kemudian akan dapat “verification code” melalui e-mel. Masukkan kod tersebut utk pengesahan.
5. Kemudian isikan maklumat diri kita di sini.
6. Penting untuk isikan maklumat alamat surat menyurat terutama jika anda memilih untuk penghantaran kad sim melalui courier.
7. Sekarang boleh pilih berapa banyak simkad yang kita nak. Saya pilih maksima, 5 kad.
8. Selepas pilih kuantiti, boleh pilih nombor yang kita nak. Saya pilih apa-apa sahaja nombor yang dicadangkan. Bukan penting sangat pun. Sebab saya nak pakai untuk internet sahaja.
9. Tapi jika anda hendak kekalkan nombor sedia ada, ada pilihan juga.
10. Selepas selesai semua, boleh pilih cara mendapatkan simkad percuma, sama ada ambil sendiri atau dihantar.
Jika ambil sendiri, lebih jimat sebab jika menggunakan kaedah penghantaran perlu menanggung kosnya.
Ye lah, simkad dah percuma. Takkan kena ambil sendiri pun susah. Haha
11. Akhir sekali, kita perlu menyemak maklumat pendaftaran yang kita lakukan tadi.
12. Awesome! Selesai.
Dalam masa 3 hari bekerja, terus terima kad ini melalui City-Link.
UPDATE selepas beberapa hari posting ini:
Jika tidak mahu pakai selepas habis digunakan, perlu pulangkan balik rupanya.
Kalau tak, boleh kena denda.
Baru tau…..
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran