D’Apple Fried Chicken Gombak memang terbaik

Saya jarang buat review restoran yang saya pergi. Tapi kalau saya buat review, maknanya…
Biasanya, kalau puas hati dengan restoran yang saya kunjungi, saya akan berikan rating 4 atau 5 bintang di Google.
Tapi kalau tak puas hati, saya lebih suka untuk tidak memberikan sebarang review. Kalau ada peluang, saya lebih suka sampaikan maklum balas secara face-to-face dengan pemilik restoran secara berhemah.
Saya pertama kali pergi ke restoran ini semasa minggu pembukaan, sebulan yang lalu, bersama keluarga. Masa tu, ada rasa tak puas hati sebab terpaksa menunggu lama.
Tapi, saya tak rasa wajar nak komplen berlebihan sebab pengunjung memang ramai. Maklumlah, ada promosi 50% untuk semua makanan.
Lepas makan, rasa makanannya biasa-biasa sahaja.
Agak hairan juga, sebab ramai yang bagi review positif kata sedap. Saya fikir mungkin tak kena dengan selera saya saja, lagipun sedap itu subjektif. Tapi, sos garlicnya memang sedap, tak boleh disangkal.
Tadi saya datang kali kedua, kali ini bersama team INFAQ Consultancy
Kali ini, pengalaman berbeza dan ini review saya.
1. Masa Menunggu

Ini perkara pertama yang pelanggan akan perasan, first impression. Kali ini, beratur tak lama, juadah pun siap dalam 10 minit sahaja.
Rate: 5/5 – Harap dapat kekalkan prestasi ini, terutama waktu peak hour. Kalau ikut kata pemilik restoran, Sdra Azwan, target mereka bawah 15 minit termasuk peak hour. Pekerja pun dah ready, full timer dan part timer.
2. Ayam Goreng

Ini yang paling penting. Berbanding kali pertama, kali ini memang rasa betul-betul sedap walaupun makan dalam keadaan perut tak berapa lapar. Saiz ayam munasabah, daging juicy, rempah meresap sampai ke tulang. Cuma, agak pedas sedikit.
Selepas saya utarakan kisah bulan lepas kepada owner, beliau akui kekhilafan yang berlalu disebabkan pelanggan terlalu ramai dan tak sempat nak tukar minyak baru yang memungkinkan rasa tidak sesedap hari ini.
Nota: Dah pernah makan ayam goreng dari 4 jenama tempatan, yang ini paling sedap setakat ini. Tapi masih belum boleh tandingi kesedapan KFC.
Rate: 4/5 – Mungkin boleh buat dua versi: pedas dan original. Rempah sedia ada kekal untuk versi pedas.
Nota: Lepas tulis review baru perasan dah ada pun 2 versi pedas dan original Saya tak perasan masa order. Patutlah ada rasa pedas dan ada rasa tak pedas. Jadi, abaikan cadangan untuk ada 2 versi.
Cadangan baru: Confirmkan dengan pelanggan nak versi ayam yang mana. Mungkin tadi mereka buat mix.
3. Sos Garlic

Memang terbaik! Lebih sedap daripada KFC (sebab KFC tak ada sos garlic. Hahaha). Cuma, yang dekat Darsa Fried Chicken rasa lagi padu sikit.
Rate: 4.9/5
4. Coleslaw

Sedap, rasa macam standard KFC. Lama dah tak makan KFC, jadi dah tak ingat sangat rasanya
Rate: 5/5
5. Twister

Sedap, rasa seimbang. Tak tahu nak jelaskan macam mana, tapi memang cukup rasa.
Rate: 5/5
6. Burger

Tak makan, jadi tak boleh nak komen. Hahaha!
Rate: N/A
7. Harga

Pada saya, harga memang berbaloi. Saiz ayam sesuai dengan harga. Standard harga ayam goreng di restoran biasa.
Kalau beli set 10 ketul, lagi jimat.
Rate: 5/5
8. Branding

Sampai sekarang saya tak faham apa kaitan epal dengan ayam goreng. Tadi tanya pemilik cawangan, dia pun lupa nak tanya HQ. Hahaha!
Rate: Tak relevan untuk dinilai.
9. Keseluruhan
Rate: 4.9/5
Kesimpulannya, kali kedua datang ni memang ubah persepsi saya sepenuhnya. Dari rasa “biasa-biasa” terus jadi antara ayam goreng tempatan terbaik yang saya pernah rasa. Patutlah ramai yang bagi review positif sebelum ini tentang rasanya.

Gambar hiasan: Gambar sebelum kejadian.
Ini gambar saya di D’Apple Fried Chicken Gombak bersama Team INFAQ selepas selesai Program Final Sprint.
Sengaja letak gambar ini untuk cari ejen takaful baru sertai team saya di INFAQ Consultancy
Jom jadi perunding takaful online. Boleh jalankan secara part time. Latihan untuk digital marketing disediakan.
Submission Boleh dilakukan dengan menggunakan handphone sahaja, tak perlu beli ipad.
Komisen tahun pertama 40%, paling tinggi dibandingkan dengan dengan syarikat takaful lain. Nak naik pangkat pun mudah.
Jika ada ejen takaful kompeni lain nak nak pangkat sebagai Agency Manager fast track pun dialu-alukan. Bukan ALC, tapi 3T.
Klik di sini
Lepas jadi ejen, boleh datang makan DAFC ini. Bukan setakat DAFC, malah boleh pergi umrah setiap tahun apabila perform dalam bisnes ini. Hahahah!
Sumber dari FB afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran