Dari KLIA ke Gongzhou

  • 3Minutes
  • 462Words
  • 11Views

Awal pagi tadi saya mengiringi rakan-rakan Team Takaful INFAQ Consultancy menyertai Konvensyen Luar Negara Takaful IKHLAS, di KLIA.

Kali ini destinasi mereka ialah Gongzhou, China, negara yang pernah saya jejaki kira-kira 13 tahun lalu.

Pada 2013, saya ke China juga bersama Takaful IKHLAS dalam Konvensyen Luar Negara yang sama ejen-ejen saya sertai tahun ini.

Waktu itu masih bergelar ejen takaful biasa.

Sejak mula terlibat dalam industri kewangan pada tahun 2003, saya dikurniakan Allah peluang untuk menjejakkan kaki ke pelbagai negara saban tahun. Inilah rezeki dan hikmah apabila istiqamah dalam bidang ini.

Ketika ke China pada 2013, ada beberapa pengalaman yang sampai sekarang masih segar dalam ingatan.

Antaranya, dimarahi peniaga hanya kerana saya tidak mahu membeli produk mereka di pusat pameran ginseng.

Dari awal memang saya sekadar mengikut iteneri dan langsung tidak berhajat membeli. Memang di sana, para peniaga menekan-nekan pengunjung.

Ada juga insiden kelakar tapi menakutkan. Semasa berada di pusat borong barangan elektronik, saya nampak seorang rakan sedang tawar-menawar.

Saya tegur dengan bersahaja, “Barang ni saya pernah nampak lebih murah di kedai lain.” Tiba-tiba, saya pula yang dimarahi peniaga itu. Macam dia faham pula saya cakap Melayu. Siap ugut nak bun0h lagi! Hahaha.

Pengalaman di sebuah toko ubat ginseng China. Kena marah sebab tak beli produk mereka 😅

Satu lagi pengalaman agak “dark” tetapi menarik. Di sebuah mall barangan branded copy ori, saya ditegur oleh seseorang yang hulurkan kad bisnes. Katanya di tempatnya lebih murah.

Pengalaman di pusat pembuatan jade. Memang kaki kencing betul.

Pada mulanya saya sangka tempat itu masih dalam kawasan mall. Rupa-rupanya dia bawa kami keluar, berjalan sampai ke sebuah apartment. Jantung berdegup laju sebab sepanjang jalan agak sunyi dan tidak ramai orang.

Dekat area sinilah saya dan beberapa rakan disapa orang untuk dibawa ke black market barangan copy ori China

Apabila sampai, rupanya apartment itu diubahsuai menjadi gedung barangan copy ori. Dan memang betul, jauh lebih murah daripada harga di mall. Pengalaman yang mendebarkan tapi berbaloi.

Biasanya, agensi pelancongan pasti akan membawa rombongan ke destinasi “wajib” seperti pusat pameran ginseng, pusat pameran jade, pusat borong dan sebagainya.

Jadi saya sudah berpesan awal-awal kepada rakan-rakan yang menyertai trip kali ini. Berhati-hati terutama apabila sampai ke kilang ginseng dan kilang jade.

Silap gaya, boleh kena sembelih dengan tauke ginseng dan tauke jade itu. 😅

Akhirnya, inilah warna-warni sebuah perjalanan. Ada yang manis untuk dikenang, ada yang pahit untuk ditertawakan.

Ada lagi catatan tambahan di ruangan komen, bersama gambar.

Begitulah juga dalam dunia perniagaan takaful dan kewangan. Ada masa kita kutip pengalaman indah, ada masa kita belajar daripada pengalaman perit.

Insya-Allah sebulan dua lagi, ada satu lagi kumpulan daripada Team Gold INFAQ Consultancy akan mengikuti trip luar negara bersama KAB Gold pula.

Ke negara mana destinasinya? Tungguuu… 😉

Ada yang nak join trip percuma seumpama ini? PM tepi

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Apa ke benda la sampai tahap macam ni. Kes Zara…