Dari memandu ke komuter: Penjimatan yang menyedarkan

  • 3Minutes
  • 482Words
  • 7Views

Sejak dari awal tahun ini saya mengikuti satu kursus dan perlu menghadiri kelas fizikal di ibu kota sebulan sekali.

Kadang-kadang 2 subjek sebulan jika ada kelas yang saya tak dapat hadir pada salah satu bulan, kena qadha bulan berikutnya.

Setiap kelas berlangsung selama dua hari, bermula jam 9 pagi.

Kebiasaannya saya memandu sendiri ke sana, dengan perjalanan sekitar 40 minit waktu puncak.

Waktu pulang, tempoh perjalanan boleh cecah sejam dan lebih kerana kesesakan.

Kos tol melalui DUKE ialah RM2.50 sehala, manakala kadar parking pula ialah RM15 sehari.

Minggu lalu, ketika sesi ice breaking dalam subjek ekonomi, seorang pelajar berkongsi beliau berulang-alik menaiki komuter.

Waktu itu perbincangan tentang kos sara hidup dan muncul topik tentang kos pengangkutan.

Pelajar tersebut lebih berusia daripada saya, seorang wanita, malah seorang pensyarah dengan title Dr.

Kata beliau juga, ia juga bagus untuk kesihatan apabila berjalan kaki untuk ke stesen komuter

Saya teruja dan terus insaf mendengar perkongsiannya.

Waktu rehat, saya sempat berbual dengan seorang pelajar lain, Dr Izwan, junior semasa belajar di UIA dahulu dan kini Ketua Jabatan Syariah di Bank Muamalat.

Beliau juga menaiki komuter setiap hari dari Bangi ke KL untuk ke tempat kerja.

Katanya, sepanjang perjalanan itulah beliau sempat menelaah bahan-bahan tesis sehingga berjaya menamatkan PhD.

Saya terus insaf dan teruja kali kedua. Kali ini insaf kuasa dua.

Sebenarnya saya pernah trauma dengan komuter. Pengalaman menunggu terlalu lama membuatkan saya serik.

Namun, tips oleh Dr Izwan membuka minda saya.

Nasihatnya, kena semak jadual perjalanan komuter pergi dan balik supaya tidak perlu menunggu lama dan boleh buat anggaran masa perjalanan.

Lalu kelas hari kedua minggu lepas saya gunakan, dan hasilnya… saya jadi ketagih! Haha!

Cuma rushing sedikit waktu balik. Kelas biasanya habis jam 4:30 atau 5:00 petang, tapi pensyarah lajak waktu sampai lebih jam 5.

Memang berlari menuju ke stesen komuter untuk kejar waktu komuter bergerak jam 5:30, jika tidak sempat, tren berikutnya ialah jam 6:30 petang!

Itu juga tip yang dikongsikan awal oleh Dr Izwan, jangan sampai terlepas trip.

Katanya, detik paling cemas dan menghampakan ialah apabila tiba lewat satu saat selepas pintu tren ditutup. Terpaksa tunggu tren berikutnya sejam seterusnya!

Alhamdulillah berjaya kejar trip jam 5:30 petang selepas selesai solat Asar.

Apapun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menggunakannya lagi hari ini dan hari-hari seterusnya.

Banyak betul dapat jimat apabila menaiki komuter sebenarnya.

Kos tambang komuter hanyalah RM2.30 sehala, ditambah parking di stesen RM4.00, total RM8.60 sehari.

Jika dibandingkan dengan memandu sendiri yang menelan kos minima RM25 sehari (termasuk anggaran petrol minima RM5), penjimatan mencecah kira-kira 65%.

Itu belum masuk penjimatan masa menempuh trafik jem dan masa mencari parking.

Yang paling seronok, waktu menunggu dan sepanjang perjalanan, saya boleh rehat sambil melayan media sosial.

Malah tulisan ini pun dihasilkan ketika duduk dalam komuter.

Tak mustahil juga saya boleh sambung PhD dalam komuter. Haha!

Tak salah berangan, kan? 😎

Ok, dah nak start kelas.

Jika ada pengalaman naik komuter, sila komeeeeem.

Afyan Mat Rawi

Jika tidak mengajar, saya belajar.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Tak sangka, masuk tahun 2025 pun masih ada yang percaya…